Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

King of dragflick Sohail Abbas bantu Azimuddin

podiumontour February 22, 2026 2 minutes read
Azimuddin

AZIMUDDIN bakal memainkan peranan sebagai salah seorang flicker negara di Ismailia nanti. - MHC

PERTAHANAN muda negara, Azimuddin Syakir Kamaruddin sedang digilap menjadi salah seorang drag flick berbahaya Speedy Tigers.

Malaysia beruntung kerana dilimpahi ramai pemain mampu melaksanakan tugas pukulan sudut penalti (PC) seperti K. Embaraj, S. Kuhan, Amin Rahim, Razie Rahim dan ramai lagi.

Skuad Piala Dunia 2022 kendalian Arul Selvaraj sebelum ini sendiri ada 5 flicker seperti Razie Rahim, Faizal Saari, Shahril Saabah, Najmi Farizal Jazlan dan Aminuddin Zain.

Kali ini skuad ke Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir dari 1-7 Mac ini cuma ada tiga flicker, Faizal Saari, Syed Syafiq Syed Cholan dan Azimuddin Syakir.

Tetapi Speedy Tigers mendapat sentuhan legenda dunia yang juga King of Drag Flick dari Pakistan, Sohail Abbas selepas dilantik sebagai penolong jurulatih kepada Sarjit Singh pada Oktober 2024.

Justeru, Azimuddin, 21, tekad membalas kepercayaan jurulatih jika diberi peluang ambil PC untuk meledak gol dalam kempen Kumpulan B menentang Austria, Pakistan dan China.

“Sebelum ni saya belum start berlatih flick dengan skuad senior. Tahun ini saya diberi peluang berlatih dan berada dalam pc attack semasa latihan.

“Sekarang saya ada nampak peningkatan bertambah bila dapat ilmu baru daripada pakar sudut penalti seperti Sohail Abbas,” katanya kepada Podium on Tour.

Ini bukan kali pertama Azimuddin beraksi di peringkat senior kerana pernah terpilih ke Sukan SEA, Piala Sultan Azlan Shah, Piala Negara-Negara FIH dan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) bersama Speedy Tigers. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Selamat berjuang! Ayuh sokong Speedy Tigers
Next: Azeem pecah rekod Malaysia lagi

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.