Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Selamat berjuang! Ayuh sokong Speedy Tigers

podiumontour February 22, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

MALAYSIA turun ke Kelayakan Piala Dunia di Ismailia sebagai pasukan ranking ke-13 dunia. - MHC

PENGORBANAN awal skuad hoki negara berlepas awal dalam bulan Ramadan ke Ismailia, Mesir hari ini (20 Feb) bagi memastikan pemain dapat cepat sesuaikan diri antaranya faktor cuaca, perbezaan masa (6 jam lewat dari Malaysia), persekitaran.

Dua aksi persahabatan telah diatur menentang Mesir (23 Feb, 9mlm waktu Malaysia) dan Jepun (26 Feb, 2ptg waktu Malaysia) sebelum kempen Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 dari 1-7 Mac.

Atas kertas, Malaysia di ranking ke-13 dunia, sepatutnya boleh menjadi Top 3 kejohanan sekali gus layak ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos.

Inilah masa membuktikannya dan melenyapkan segala kritikan selepas dua tahun latihan pusat dan pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Jelajah Australia pada Januari 2026.

Jadual Kumpulan B
Malaysia vs Austria (1 Mac, 7mlm waktu Malaysia)
Pakistan vs Malaysia (2 Mac, 7mlm waktu Malaysia)
Malaysia vs China (4 Mac, 9mlm waktu Malaysia)

Secara keseluruhan, Malaysia perlu berada sebaris dengan kuasa-kuasa besar di Piala Dunia sebelum ujian sebenar pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun pada 19 September-4 Oktober.

Pingat emas Sukan Asia akan melayakkan Speedy Tigers secara automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, tamatkan penantian sejak 2000.

Kali terakhir Malaysia tidak layak ke Piala Dunia adalah edisi New Delhi 2010. – PODIUM ON TOUR

Selamat berjuang kepada semua pemain:

kapten, Marhan Jalil (343 kaps)
Faizal Saari (308 kaps)

Faiz Helmi Jali (259 kaps)
Fitri Saari (212 kaps)
Nik Aiman Nik Rozemi (184 kaps)
Hafizuddin Othman (136 kaps)
Syed Syafiq Syed Cholan (136 kaps)
Norsyafiq Sumantri (133 kaps)
Azrai Aizad Abu Kamal (105 kaps)

Shello Silverius (85 kaps)
Ashran Hamsani (85 kaps)
Amirul Hamizan Azhar (81 kaps)
Shafiq Hassan (56 kaps)
Muhajir Abdu Rauf (55 kaps)
Akhimullah Anuar Esook (51 kaps)
Syarman Mat Tee (17 kaps)
Andywalfian Jeffrynus (17 kaps)
Azimuddin Syakir Kamaruddin (17 kaps)
Adrian Andy Albert (11 kaps)
Danish Aiman Khairil Anuar (5 kaps)
Adam Ashraf Johari

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Jiwa besar demi lencana di dada
Next: King of dragflick Sohail Abbas bantu Azimuddin

Related Stories

Kelab Hoki Tunas Angsana
  • Hoki

Impian besar Kelab Hoki Tunas Angsana demi hoki Malaysia

podiumontour June 22, 2026
speedy tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kembali menang, atasi Korea Selatan

podiumontour June 18, 2026
Speedy Tigers NZ
  • Hoki

Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir

podiumontour June 16, 2026

Recent Posts

  • 13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II
  • Rugi kalau terlepas tonton FURY Championship Vol. II
  • Impian besar Kelab Hoki Tunas Angsana demi hoki Malaysia
  • Speedy Tigers kembali menang, atasi Korea Selatan
  • Siapa bakal jadi ratu pecut Terbuka Malaysia?
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.