Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

KUNS Hockey taja penuh Malaysia 45s ke Piala Dunia Masters

podiumontour July 20, 2026 2 minutes read
KUNS Hockey

SKUAD Malaysia 45s bergambar semasa majlis penyerahan tajaan daripada KUNS Hockey dan Sturdy Sportswear semalam (19 Julai).

SKUAD hoki Malaysia kategori 45 tahun ke atas (Malaysia 45s) menerima suntikan semangat menjelang penyertaan ke Piala Dunia Hoki Masters 2026 di Rotterdam, Belanda dari 22 Julai hingga 1 Ogos ini.

Ia selepas mereka memperoleh tajaan penuh daripada KUNS Hockey melalui KUNS World Sdn. Bhd. dan Sturdy Sportswear dalam satu majlis penyerahan tajaan yang berlangsung semalam (19 Julai).

Penajaan tersebut turut menjadi pemangkin moral kepada barisan pemain Malaysia 45s yang kini bersedia menggalas cabaran negara di bumi Belanda dalam saingan Kumpulan B menentang Amerika Syarikat, Belgium, Afrika Selatan dan Singapura.

Kapten Malaysia 45s, K. Keevan Raj berharap mereka dapat berikan keputusan yang terbaik dengan misi pertama untuk melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu.

“Kami beraksi baik dalam kejohanan sebelum ini di New Zealand tetapi keputusan ketika itu tidak memihak buat kami. Jadi kami tak sabar untuk menghadapinya dengan sasaran lepasi peringkat kumpulan dan cuba ke suku akhir dahulu.

“Ia bukan satu kumpulan yang mudah tetapi dengan bantuan rakan sepasukan yang berlatih bersungguh-sungguh, saya berharap kami semua dapat banggakan Malaysia di sana nanti,” katanya kepada Podium On Tour.

Kejohanan itu menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dunia dalam kategori masters dan menjadi medan untuk pemain-pemain berpengalaman terus mengharumkan nama negara.

Sebagai antara jenama yang semakin dikenali dalam komuniti hoki tempatan, Kuns Hockey terus membuktikan komitmennya dalam menyokong pembangunan sukan, bukan sahaja menerusi penghasilan peralatan hoki berkualiti, malah dengan tampil membantu pasukan negara beraksi di kejohanan bertaraf dunia.

Penajaan itu sebagai satu penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi pemain-pemain veteran negara yang masih aktif menyumbang kepada pembangunan sukan hoki di peringkat antarabangsa. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Jangan tunggu saat akhir, dapatkan tiket Fury Championship Vol. II
Next: Ibarat perang di atas gelanggang Fury – Arfiqanie

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.