Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Ibarat perang di atas gelanggang Fury – Arfiqanie

podiumontour July 21, 2026 2 minutes read
Fury

PUTIH PRETTY BOY (kiri) dan Ilham (kanan) sewaktu sidang media Fury Championship Vol. II baru-baru ini. - SPORTFLEX MALAYSIA

PETINJU negara, Arfiqanie Ahmad Anshori enggan mengecewakan para peminatnya menjelang pertarungannya menentang Ilham ‘Flanker’ Loeisa dalam saingan Fury Championship Vol. II di Karisma Arena, Negeri Sembilan pada 25 Julai ini.

Pertarungan antara Arfiqanie yang menggunakan gelaran ‘Putih Pretty Boy’ dengan lawan Indonesia itu dalam perebutan merebut tali pinggang OPBF Silver Super Lightweight antara salah satu acara tumpuan pada malam tersebut.

Ia bukan sekadar perebutan kemenangan di atas gelanggang tetapi episod baharu dalam persaingan sukan tempur Nusantara yang mempertemukan dua petinju dengan misi sama membuktikan jaguh terbaik di rantau ini.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri memberi kelebihan buat Putih Pretty Boy, namun lawannya juga pastinya hadir dengan keyakinan untuk mencuri kemenangan di bumi Malaysia dan membawa pulang pencapaian berharga buat Indonesia.

“Ini bukan Latihan tetapi ini ibarat perang, cuma ia di atas ring (gelanggang). Untuk siapa yang beli tiket, percayalah saya tidak akan hampakan anda semua… semestinya ada (knockdown),” kata Putih Pretty Boy.

Adakah Putih Pretty Boy mampu menggunakan kelebihan di rumah sendiri atau Ilham Flanker Leoisa mampu mematahkan sorakan penyokong dan membawa pulang kemenangan buat Indonesia?

PEMBELIAN TIKET DI SINI: https://www.wowtix.com.my/event/fury-championship-2

Segalanya akan terjawab pada 25 Julai di Karisma Arena, saksikannya secara langsung dengan mendapatkan tiket melalui Wowtix atau nikmati siaran Pay-Per-View (PPV) secara eksklusif di Tonton.

Selain dua petinju itu, empat lagi pertarungan turut melibatkan wakil Malaysia dan Indonesia termasuk acara utama, Izat Zaki menentang Brian Lawitan. – PODIUM ON TOUR

FIGHT CARD FURY CHAMPIONSHIP VOL. II

1. Faris HFL (Malaysia) vs Syafiq (Malaysia)
2. Qaie Mongkolchai (Malaysia) vs Abilio The Bumble Bee (Indonesia)
3. Abozar The Molotok (Afghanistan) vs Paisal Geronimo (Indonesia)
4. Wan Epul (Malaysia) vs Wasu Kib Boxing (Thailand)
5. Riedzwan The Golden Shin (Malaysia) vs Sammy Algiers (British/Algeria)
6. Danial Kereta Kebal (Malaysia) vs Gusti Supergaas (Indonesia)
7. Sabri Thaivisix (Malaysia) vs Abdelhamid The Victories (Maghribi)
8. Daeloniel Kilat Boy (Malaysia) vs Kittidech Hirunsuk (Thailand)
9. Amisha (Malaysia) vs Katayoun Scorpio (Iran)
10. Asura Thiagesh (Malaysia) vs Yotharit Petchyindee (Thailand)
11.  Bimo Baby Legion (Malaysia) vs Hasbullah Yat Rambo (Indonesia)
12. Putih Pretty Boy (Malaysia) vs Ilham Flanker Leoisa (Indonesia)
13. Izat Zaki (Malaysia) vs Brian The Spoiled Boy (Indonesia)

KREDIT FOTO – SPORTFLEX MALAYSIA

Post navigation

Previous: KUNS Hockey taja penuh Malaysia 45s ke Piala Dunia Masters
Next: Peluang Emma Firyana buang gelaran ‘surat khabar lama’

Related Stories

Heritage Ride Taiping
  • Xtra

Heritage Ride Taiping tawar pelajar pendaftaran percuma

podiumontour July 30, 2026
Amisha Fury
  • Xtra

Amisha buktikan status No.1 Muay Thai Malaysia

podiumontour July 26, 2026
Izat Zaki Fury
  • Xtra

Izat Zaki menang tali pinggang Fury Lightweight Muay Thai

podiumontour July 26, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.