Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysia kalahkan Switzerland, misi buru No.5

podiumontour March 8, 2026 2 minutes read
Malaysia

TONGGAK berpengalaman skuad negara, Hasliza Md. Ali (tengah) dikawal ketat dua pemain Switzerland dalam aksi klasifikasi lima hingga lapan semalam (7 Mac). - FIH

KEMENANGAN 3-1 Malaysia ke atas Switzerland memberikan harapan baharu kepada skuad hoki wanita negara untuk menamatkan Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile di tempat kelima.

Ia mampu menjadi satu pencapaian membanggakan buat arena hoki wanita tanah air meskipun Malaysian Tigress tidak berjaya menjadi empat pasukan terbaik di Chile.

Skuad negara memperoleh dua gol pukulan sudut penalti dalam tempoh seminit menerusi Siti Nur Arfah Mohd Nor dan Fatin Shafika Sukri masing-masing pada minit ke-25 serta 26.

Nur Afiqah Syahzani Azhar memastikan gol ketiga Malaysian Tigress yang menghuni ranking ke-21 dunia, menerusi jaringan padang pada minit ke-43.

Gol tunggal Switzerland, No.39 dunia, dihasilkan oleh Sofie Stomps melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-43.

“Saya sangat gembira dengan usaha ditunjukkan semua rakan sepasukan untuk memastikan kemenangan ini. Namun, kami tak boleh ambil mudah dah perlu bersedia menentang Perancis,” kata kapten skuad negara, Juliani Mohamad Din.

Malaysian Tigress akan melengkapkan kelayakan di Chile menentang pasukan No.17 dunia, Perancis dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam hari ini (8 Mac, 10.15 malam waktu Malaysia).

Berdasarkan rekod pertemuan, Malaysia pernah menewaskan Perancis dengan keputusan 3-2 sewaktu Siri Final Banbridge 2019.

Ketika itu, tiga gol skuad negara dijaringkan oleh Nuraini Abd. Rashid, Fatin Shafika Sukri dan Hanis Nadiah Onn. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Suka dalam duka Malaysia capai misi ke Piala Dunia
Next: Final All England kali ketiga buat Aaron-Wooi Yik

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.