Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysia perlu menang tempat ketiga

podiumontour March 6, 2026 2 minutes read
Malaysia

BARISAN pemain negara perlu memberikan segala-galanya pada aksi terakhir dalam penentuan tempat ketiga untuk layak ke Piala Dunia 2026. - FIH

MALAYSIA perlu memastikan tempat ketiga sebagai pengubat duka selepas tidak berjaya melangkah ke final Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir.

Skuad hoki negara tewas 1-7 kepada England pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Suez Canal, melebarkan penantian Malaysia selepas 23 tahun untuk menang ke atas pasukan No.4 dunia itu sejak 2003.

Biarpun tidak berjaya ke final tetapi peluang masih terbuka buat Speedy Tigers untuk menjamin tempat ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos nanti dengan syarat meraih tempat ketiga di Mesir.

Dalam masa sama, para pemain boleh mengambil sudut positif daripada kekalahan itu yang mana Malaysia menjadi pasukan pertama di Mesir Berjaya menjaringkan gol ke atas England.

Gawang England sebelum ini kebal tanpa bolos dalam tiga perlawanan Kumpulan A selepas menang 5-0 ke atas Jepun, 3-0 Mesir dan 5-0 Amerika Syarikat (AS).

Gol tunggal skuad negara, No.14 dunia, diperoleh menerusi tampanan Syafiq Hassn hasil pukulan reverse menarik daripada Faizal Saari pada minit ke-50.

“Kami bermain baik tetapi keputusan akhir menunjukkan sebaliknya. Mereka ada 5 PC dan jaringkan empat. Banyak juga kesilapan individu dan penjaga gol. Kami tak boleh terus berikan gol-gol mudah,” kata pengendali Malaysia, Sarjit Singh.

Sam Hooper dan Stuart Rushmere masing-masing meledak dua gol buat England dengan baki tiga lagi dijaringkan oleh Sam Ward, Thomas Sorsby dan Zachary Wallace.

Ini bermakna Malaysia perlu memberikan segala yang mereka ada untuk memastikan kedudukan ketiga apabila turun menentang Jepun atau Pakistan dalam penentuan tempat ketiga dan keempat esok (7 Mac, 9pm Waktu Malaysia).

Andai tewas, Speedy Tigers perlu mengharapkan ranking dunia mereka lebih tinggi daripada pasukan tempat keempat dalam satu lagi aksi kelayakan berlangsung di Santiago, Chile untuk menyambar tiket terakhir ke Piala Dunia 2026. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: England hukum kesilapan Malaysia, terlepas final
Next: Tempat kelima mampu jadi pencapaian terbaik

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.