Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Tempat kelima mampu jadi pencapaian terbaik

podiumontour March 7, 2026 1 minute read
tempat kelima

BARISAN pemain negara akan membuat perhitungan pertama menentang Switzerland malam ini.

PENAMAT tempat kelima daripada lapan negara bukanlah sesuatu yang teruk, ia tetap satu pencapaian membanggakan.

Realitinya skuad hoki wanita negara belum bersedia lagi sebenarnya untuk beraksi di pentas berprestij Piala Dunia.

Pengalaman bersaing di Kelayakan Piala Dunia di Santiago, Chile ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh karier dan masa depan pemain.

Beraksi dalam cuaca panas terik, perbezaan masa berbelas jam, dalam bulan Ramadan, menentang lawan-lawan berkualiti.

Turun ke Chile tanpa jangkaan tinggi kerana status ranking ketiga terendah, hanya Kanada (No.22 dunia) & Switzerland (No.39 dunia) ranking lebih rendah daripada Malaysia (No.21 dunia).

Kejayaan menang besar 6-1 ke atas Kanada seakan memperlihatkan potensi besar para pemain yang majoritinya masih muda .

Jadi Malaysian Tigress perlu menang klasifikasi 5 hingga 8 menentang Switzerland malam ini (7 Mac 10.15pm) untuk beraksi di penentuan tempat ke-5 & ke-6, mungkin bertemu Perancis (No.17 dunia).

Ia boleh menjadi antara langkah persediaan terbaik sebelum mereka bermain di Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Malaysia perlu menang tempat ketiga
Next: Tahniah Malaysia layak awal ke Piala Dunia

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.