Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysia selangkah lagi ke Piala Dunia

podiumontour March 4, 2026 2 minutes read
Malaysia

FAIZAL (kanan) menjaringkan gol kelima Malaysia dalam kemenangan ke atas China pada aksi terakhir Kumpulan B hari ini. - FIH

KINI segalanya terletak di tangan Malaysia sendiri untuk menjamin tempat ke Piala Dunia Hoki 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos nanti.

Ia susulan kemenangan 5-4 ke atas China dalam aksi terakhir Kumpulan B sekali gus menempah tiket separuh akhir Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir hari ini (4 Mac).

Nik Aiman Nik Rozemi yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan mengakui, masih banyak perkara perlu dibaiki terutamanya bagaimana untuk memastikan lawan gagal menjaringkan gol dalam suku keempat.

“Sangat gembira kerana kami bermain dengan baik. Tapi masih kena fokus dalam suku terakhir. Apabila kami mendahului, lawan masih boleh jaringkan gol, jadi kami perlu baiki perkara ini,” katanya.

Biarpun terlebih dahulu ketinggalan 1-2 kepada China selain jaringan penyamaan daripada Shello Silverius dibatalkan pengadil, namun semangat juang tinggi yang ditunjukkan para pemain Malaysia wajar diberikan pujian.

Malaysia
PARA pemain Malaysia meraikan kemenangan 5-4 ke atas China dalam aksi terakhir Kumpulan B hari ini. – FIH

Speedy Tigers membuka tirai jaringan seawal minit kelima hasil pukulan sudut penalty (PC) Fitri Saari sebelum China bangkit mengikat seminit kemudian menerusi gol padang (FG) Wang Yaqi.

China, No.24 dunia, kemudian meraih gol kedua menerusi penalti stroke (PS) Zhao Yulai (m16) sebelum Nik Aiman meredakan tekanan dirasai kem Malaysia dengan jaringan penyamaan melalui PC (m28).

Malaysia, No.14 dunia, memastikan kelebihan selesa dengan tambahan tiga lagi gol melalui Faiz Helmi Jali (PC, m36), Fitri Saari (PS, m43) dan Faizal Saari (FG, m47).

China enggan mengaku kalah apabila mengasak kubu Malaysia bermati-matian hingga memperoleh dua gol dalam tempoh tiga minit menerusi Zhao Yulai (FG, m51) dan Chen Benhai (PC, m54).

Biarpun keputusan akhir agak mendebarkan, namun kemenangan 5-4 kekal menjadi milik Speedy Tigers yang kini besar kemungkinan menanti pemenang Kumpulan A, England di separuh akhir nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Jackie, raja pemecah rekod masih lagi relevan
Next: Hadiah hari lahir terbaik Fitri Saari

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.