Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Jackie, raja pemecah rekod masih lagi relevan

podiumontour March 4, 2026 2 minutes read
Jackie

JACKIE tekad membuktikan dirinya masih mampu menaiki podium sebagai pemenang pingat emas pada Sukan SEA Malaysia 2027.

JAGUH baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer merasakan masih ada api dalam dirinya walaupun kini berstatus atlet veteran selepas 16 tahun mewakili Malaysia sejak 2010.

Pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025 lalu tidak mencerminkan keupayaan sebenarnya selepas ‘berhenti’ lama tanpa jurulatih sejak 2023 sebelum kembali berlatih intensif pada Jun tahun lepas.

Pemegang rekod Malaysia menerusi catatan 68.22m ini mahu membuktikan dia masih relevan menyumbang pingat di pentas antarabangsa dengan sasaran di Sukan Asia Aichi-Nagoya dan Sukan SEA Malaysia 2027.

Usia 34 tahun juga bukan penghalang buat Jackie untuk bangkit membalas dendam terhadap segala ‘kekalahan’ lalu dengan satu lagi catatan baharu Malaysia, rekod Malaysia yang ke-18 dalam kariernya.

“Merujuk dua tahun ini, saya akui memang ada menurun (prestasi). Tapi dengan latihan yang lebih konsisten dan dipantau jurulatih, tak mustahil saya peaking sekali lagi,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Raja baling tukul besi dari Sarikei, Sarawak ini akan kembali ke China berguru dengan jurulatihnya, Gu Yuan walaupun pada masa sama tidak menafikan kemampuan jurulatih-jurulatih tempatan.

“Sya dah lebih 10 tahun ikut Gu Yuan. Beliau lebih memahami saya, lagipun umur saya dah makin lanjut. Akan ambil masa lama untuk seorang jurulatih baharu memahami condition saya,” jelasnya kepada Podium On Tour.

Jackie tewas kepada seteru lamanya dari Thailand, Kittipong Boonmawan dan rakan senegara, Sadat Marzuqi Ajisan yang meraih emas serta perak di Sukan SEA 2025. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Sejarah tercipta, Malaysian Tigress belasah Kanada
Next: Malaysia selangkah lagi ke Piala Dunia

Related Stories

Azeem
  • Olahraga

Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah

podiumontour May 17, 2026
Umar Osman
  • Olahraga

Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun

podiumontour May 17, 2026
Danish Iftikhar
  • Olahraga

2 pencabar Danish Iftikhar ada PB 10.06s & 10.08s

podiumontour May 16, 2026

Recent Posts

  • Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
  • Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
  • Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
  • Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
  • Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.