Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Peluang kembali terbuka buat Malaysian Tigress

podiumontour September 25, 2026 2 minutes read
Sukan Asia

BARISAN pemain meraikan kemenangan ke atas Taiwan dengan keputusan 5-0 hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki wanita negara kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Taiwan 5-0 dalam aksi keempat Kumpulan B Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahara hari ini.

Kemenangan itu amat berharga buat Malaysian Tigress kerana ia menghidupkan semula peluang ke separuh akhir selepas tewas 0-4 kepada finalis Sukan Olimpik Paris 2024, China dalam aksi ketiga sebelum ini.

Ia juga semestinya melonjakkan motivasi dan semangat anak-anak buah C.R. Kumar yang selepas ini wajib menewaskan Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan B pada 27 September ini.

Hanya kemenangan akan melayakkan Malaysian Tigress ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B, mengiringi China yang sudahpun mengesahkan slot mereka.

Dalam aksi hari ini, barisan pemain memulakan permainan dengan begitu cemerlang menerusi empat gol dalam suku masa pertama hasil satu pukulan sudut penalti (PC) dan tiga jaringan padang (FG).

Ia bermula dengan PC daripada Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin pada minit kesembilan sebelum Siti Nur Atika Shaikh Maznan menggandakan kedudukan berselang seminit kemudian.

Skuad negara menambah dua lagi gol selepas itu dalam tempoh tiga minit menerusi Nuramirah Shakira Zulkifli dan Siti Zulaikha Husain, masing-masing pada minit ke-12 serta 15.

Bagaimanapun, Malaysian Tigress gagal menambah jaringan dalam baki 35 minit seterusnya sehinggalah Siti Zulaikha meledak gol kedua peribadinya, menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-50.

Kali terakhir skuad wanita negara memecah masuk kelompok empat terbaik Sukan Asia pada edisi Seoul 1986 setelah meraih pingat gangsa empat tahun sebelum itu di New Delhi, India.

Tiga edisi selepas itu Malaysian Tigress tidak layak beraksi di Sukan Asia dari 1990 hingga 1998 sebelum mula meraih tempat kelima pada 2006, 2010, 2014, 2018 dan 2022. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Speedy Tigers kenduri gol belasah Thailand
Next: Speedy Tigers leraikan badi ke atas Pakistan

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.