Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers leraikan badi ke atas Pakistan

podiumontour September 26, 2026 3 minutes read
Sukan Asia

MALAYSIA kini sudah sebelah kaki ke separuh akhir hasil kemenangan ke atas Pakistan hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki negara mempamerkan kebangkitan cukup membanggakan untuk meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Pakistan 5-4 pada aksi keempat Kumpulan B Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.

Lebih manis, kejayaan ini turut mengukir sejarah buat Speedy Tigers apabila mereka menamatkan penantian untuk menewaskan Pakistan dalam perlawanan masa penuh di pentas Sukan Asia, semenjak 1986, di mana pada ketika itu Malaysia menundukkan Pakistan 2-1.

Kali terakhir Malaysia mencatat kemenangan ke atas Pakistan di Sukan Asia adalah pada edisi 2002 di Busan, menerusi kemenangan 4-2 dalam penentuan shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, sekali gus menyaksikan Malaysia membawa pulang pingat gangsa.

Ketua jurulatihnya, Brendon Carolan berbangga dengan semangat dan kekuatan mental yang cukup tinggi dipamerkan para pemain dalam aksi di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahar itu.

“Saya sangat gembira kerana saya fikir kami tidak beraksi baik dalam suku masa ketiga dan keempat. Ia agak mengecewakan apabila kami masih lepaskan gol PC (pukulan sudut penalti) selepas bekerja keras dari segi pertahanan PC.

“Namun, saya sangat bangga dengan pemain kerana mereka begitu kental untuk bangkit dan meraih keputusan seperti ini walaupun kami tidak bermain baik seperti yang sepatutnya di dua suku masa terakhir permainan.

“Pemain telah bekerja sangat keras dalam tiga bulan ini. Terima kasih kepada KHM, MSN dan ISN kerana menyokong kami untuk menghabiskan tiga bulan ini untuk menjalani persiapan terbaik,” katanya.

Pakistan diakui amat berbahaya melalui PC yang menyaksikan Sufyan Khan berjaya meledak empat gol daripada situasi itu pada minit ketiga, m-39, m-43 dan m-46.

Empat gol itu membolehkan Pakistan yang berada di ranking lebih tinggi iaitu No.12 dunia, mendahului 4-3 selepas Speedy Tigers meraih tiga gol menerusi Shello Silverius pada minit kelima, Faizal Saari (m-23) dan Fitri Saari (m-45).

Semangat tidak mudah mengalah antara kunci utama kejayaan Malaysia apabila bangkit memenangi perlawanan 5-4 dengan dua gol pantas dalam tempoh seminit, sekali lagi menerusi Shello dan Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-56 serta 57.

Speedy Tigers selepas ini hanya perlu mengelak daripada tewas kepada China dalam aksi terakhir Kumpulan B pada 28 September ini untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

“China adalah pasukan yang bagus. Sudah tentu, mereka pernah memberikan kami beberapa keputusan mengecewakan dalam tempoh empat atau lima tahun kebelakangan ini.

“Jadi, kami perlu membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi mereka dan menguruskan permainan mereka seperti yang kami lakukan terhadap setiap pasukan yang kami hadapi.

“Sekali lagi, kami mahu memenangi setiap perlawanan dan menamatkan saingan di tempat teratas kumpulan,” jelas Carolan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Peluang kembali terbuka buat Malaysian Tigress
Next: Harapan ke separuh akhir Sukan Asia musnah

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.