Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Impian tertangguh, Shereen tak sertai World Indoor

podiumontour March 11, 2026 1 minute read
Shereen

SHEREEN antara atlet olahraga tersenarai dalam Program Podium Kebangsaan bagi tahun 2026. - OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA

HASRAT pelari 400m negara, Shereen Samson Vallabouy beraksi di World Indoor Championship 2026 di Torun, Poland dari 20-22 Mac ini tak kesampaian.

Ini bermakna Shereen, pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, terpaksa menanti lagi selepas kali terakhir beraksi 10 bulan lalu sejak Mei 2025.

“Malangnya saya tidak akan beraksi di World Indoor kerana peperangan dan sekatan perjalanan.

“Bukan yang saya mahukan tetapi fokus tetap tidak berubah. Kita terus padang ke hadapan,” kata Shereen.

Kejohanan kompetitif terakhir Shereen  adalah East Coast Relays di University of North Florida Jax Track, Amerika Syarikat yang menyaksikan dia bersaing dalam acara 100m (11.82s) dan 200m (24.72s).

Untuk info, Shereen, 28, adalah pemegang rekod 400m Malaysia dengan catatan 51.80s dan 200m kebangsaan menerusi masa 23.33s.

Dia juga pemenang pingat gangsa 400m dan 4x100m pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Atlet dari Perak itu sepatutnya turun mempertahankan pingat emas 400m pada Sukan SEA Thailand 2025 tetapi menarik diri saat akhir kerana kecederaan hamstring. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA

Post navigation

Previous: Grace mahu pingat Sukan Asia selepas 72 tahun
Next: Ranking Speedy Tigers akan naik semula – Sarjit

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.