Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Selangor L12 mahukan gelaran keempat MSSM

podiumontour August 28, 2026 1 minute read
MSSM

SELANGOR L12 tetap bersemangat tinggi untuk memberikan aksi terbaik pada MSSM 2026 kali ini.

SKUAD hoki Selangor L12 yang menerima bantuan tajaan dari segi kejurulatihan daripada KUNS Hoki berjaya menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki MSSM 2026.

Meskipun venue pertandingan ditukar dari Kuala Lumpur ke Temerloh, Pahang susulan keadaan kualiti udara di Kuala Lumpur berada pada tahap tidak sihat, namun ia sama sekali tidak menjejaskan rentak Selangor L12.

Hasilnya, Selangor L12 berjaya mengungguli saingan Kumpulan A dengan kemenangan ke atas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan sebelum menewaskan Kedah di suku akhir.

Ia sekali gus menyaksikan Selangor L12 kekal di landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan MSSM buat kali keempat berturut-turut.

Difahamkan, format kejohanan untuk peringkat kumpulan ubah terpaksa diubah daripada perancangan asal dengan permainan 9 sebelah dan tempoh permainan hanya 15 minit.

Kategori perempuan bawah 12 tahun (P12) lebih awal dipindahkan ke Temerloh dan berlangsung semalam (27 Ogos), manakala P18 akan dimainkan esok (29 Ogos) diikuti L18 pada 30 Ogos (Sabtu) sebelum semua perlawanan separuh akhir serta final kembali ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keadaan kualiti udara di Kuala Lumpur sama ada lokasi tersebut kembali sesuai untuk meneruskan pertandingan berkenaan. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Young Tigress masa depan hoki wanita Malaysia
Next: SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.