BARISAN penuh pemain remaja wanita yang terpilih ke Piala Remaja Asia bergambar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. - MHC
PIALA Remaja Asia 2026 menjadi pentas penting buat para pemain membuktikan membuktikan potensi sebenar bagi memastikan masa depan hoki wanita negara terus berada di landasan tepat.
Berdasarkan senarai pemain diumumkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini, Young Tigers membariskan ramai pemain berusia 16 tahun yang mana ia merupakan satu petanda sihat buat skuad senior selepas ini.
Malah, pengurus Young Tigers, Datuk Mohd Sayuti Abdul Samat percaya barisan pemain mampu mencipta kejutan dengan memecahkan dominasi kelompok empat terbaik di kejohanan itu nanti.
“Saya nampak pemain-pemain terpilih kali ini adalah pasukan yang ada masa depan dan mampu mengubah hoki Wanita Malaysia. Ia bermula daripada aksi persahabatan dengan Pasukan Senior Singapura sebelum ini.
“Corak permainan yang pantas dan menyerang dapat menjaringkan gol, malah ia sungguh mengagumkan seolah-olah mereka ini adalah pemain-pemain senior. Saya percaya mereka akan bermain lebih baik.
“Semasa pertemuan pertama dengan mereka di Bukit Jalil, saya beritahu mereka perlu terapkan dalam minda bahawa kita harus mendapat tempat yang lebih baik daripada tempat kelima di China nanti,” katanya.
Skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim akan memulakan aksi dalam Kumpulan Elit bersama China, India, Jepun serta Korea Selatan yang mana kesemuanya layak ke suku akhir dan menanti tiga lagi pasukan dari Kumpulan Cabaran.
Sasaran Young Tigress adalah memburu salah satu daripada lima tiket ke Piala Dunia Remaja 2027 dan jika berjaya menamatkan kejohanan dalam kelompok empat terbaik, ia akan menjadi pencapaian terbaik dalam sejarah. – PODIUM ON TOUR
INFO
Senarai 20 pemain ke Piala Remaja Asia 2026
| 1 | NUR AMIRA BATRISYA HAIRUL NIZAT | PENJAGA GOL |
| 2 | NUR ELLYSHA NAJWA MOHD NURHAIRUDIN FAKEH | |
| 3 | NUR RASYIQAH ADAWIAH RAFIZ HILMI ISWARDY | PERTAHANAN |
| 4 | NURUL AINA ALIA ADNAN | |
| 5 | NUR SAFIYA MAISARA BADRUL HISHAM | |
| 6 | ROHAIZATUL ALISHA RAZNIA | |
| 7 | ANIS NABILAH JALAHUDDIN | |
| 8 | NURDINI BATRISYIA RIDZUAN | TENGAH |
| 9 | AQINTUL SAFFIYYAH HASHMI | |
| 10 | NUR ZUHA QISTINA RIDZUAN | |
| 11 | KHALEESYA ZAHRA KHAIRUL FAZLY | |
| 12 | NATASHA NAJWA NASHARUDDIN | |
| 13 | VALERINA PHILIP JOHN | |
| 14 | AINNUR INSYIRAH MOHD KHAIRUL ANUAR | PENYERANG |
| 15 | IRDINA HUMAIRA JEFFREY | |
| 16 | NUR FITRAH NADHIA SHAMSUDIN | |
| 17 | NUR QASHRINA AZLI | |
| 18 | DAMIA NUR AMANI JASMAN | |
| 19 | NUR QAISARA QISTINA MOHD KHAIRI | |
| 20 | NURAIN ATIQAH MOHD FAUZI |
KREDIT FOTO – MHC