Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Kali kedua beraya di perantauan, Naufal mahu PB baharu

podiumontour March 21, 2026 1 minute read
Naufal

NAUFAL (dua dari kiri) bersama Nor Sarah Adia (dua dari kanan) dan dua atlet pelapis lompat bergalah yang akan bersaing di Tawain.

ATLET lompat bergalah negara, Muhammad Naufal Shahrul Afzam sedar dia adalah pewaris Malaysia yang seterusnya, mengisi kekosongan ditinggalkan Iskandar Alwi.

Sejak bersara 4 tahun lalu pada 2022, Iskandar yang kini bergelar guru, masih lagi tiada pengganti mengulangi kejayaannya memenangi pingat di pentas antarabangsa terutama Sukan SEA.

Sebelum bersara, Iskandar yang masih memegang rekod kebangsaan (5.31m), tak pernah gagal menaiki podium Sukan SEA bermula πŸ₯ˆ edisi 2013 dan πŸ₯‰πŸ₯‰πŸ₯‰πŸ₯‰ berturut-turut (2015, 2017, 2019 dan 2021).

Kini, harapan digalas Naufal yang semakin matang dan mula menunjukkan peningkatan dengan PB terbaiknya, 5.15m tidak jauh dengan rekod kebangsaan Iskandar.

Untuk terus meningkatkan diri, Naufal rela menyambut Hari Raya Aidilfitri jauh daripada keluarga dengan menyertai dua kejohanan lompat bergalah di Sun Moon Lake, Taiwan.

22 Mac
Taiwan International Indoor Pole Vault Meet

25 Mac
Nantou International Pole Vault Invitational Meet

Dua kejohanan itu adalah platform terbaik Naufal kembali mendapat rentak dalam misi perbaharui PB (5.15m) yang diciptanya pada 2022.

Saingan lompat bergalah di Asia Tenggara kini sudah berkelas dunia disebabkan kehebatan EJ Obiena (Filipina) (PB 6.00m, πŸ₯ˆπŸ₯‰ Kejohanan Dunia) & Patsapong Amsam-ang (Thailand) (PB 5.70m, πŸ₯ˆSukan Universiti Dunia).

Tidak meletakkan tekanan tinggi tetapi Naufal layak menjadi sandaran terbaik untuk cuba mengejar EJ dan Patsapong sebelum Sukan SEA Malaysia 2027. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Siapa Carolan? Pakar taktikal hoki Speedy Tigers
Next: Sarah Adi puas hati SB 3.80m walaupun terjatuh

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
Β© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.