Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers hampir kejutkan Belgium, fokus baiki ranking

podiumontour August 20, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers Hoki

BARISAN pemain negara meraikan jaringan ketika menentang Belgium hari in. - FIH

WALAUPUN keputusan tidak memihak skuad hoki negara, tetapi pujian tinggi harus diberikan kerana berjaya menghadirkan tentangan yang begitu sengit kepada pasukan No.1 dunia, Belgium.

Speedy Tigers terpaksa akur tidak berjaya mencipta kejutan penuh sensasi untuk mara ke suku akhir selepas tewas bermaruah 3-5 kepada Belgium dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Dunia 2026 di Arena Hoki Belfius hari ini.

Namun, ketua jurulatih skuad negara, Brendon Carolan tetap berbangga  dengan persembahan cukup positif ditampilkan dalam misi melonjakkan ranking dunia Speedy Tigers di pusingan klasifikasi Kumpulan H nanti.

“Ia satu persembahan yang baik hari ini. Sudah tentu kami mahukan keputusan memihak kami kerana kami sentiasa mahukan kemenangan.

” Kami perlu kenal pasti siapa lawan dalam pusingan ‘crossover’ (klasifikasi Kumpulan H) dan kami perlu bersedia sepenuhnya. Seperti anda tahu, kami mahu meningkatkan kedudukan ranking dunia kami,” katanya.

Dalam masa sama, Brendon turut memuji kerja keras barisan pemainnya yang kini dalan fasa transisi untuk menyesuaikan diri dengan sistem pertahanan baharu.

“Para pemain telah bekerja keras untuk sistem pertahanan yang baru, jadi sekarang ia hanyalah tentang memperkemas perincian-perincian kecil yang menjadi perbezaan di tahap ini,” jelasnya.

Malaysia yang kini di ranking ke-15 dunia, meraih tiga gol hasil dua pukulan sudut penalti Nik Aiman Nik Rozemi (m-31) dan Marhan Jalil (m-37)  serta satu jaringan padang Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-52.

Speedy Tigers berpeluang untuk menambah gol keempat, namun penalti stroke diambil Azrai Aizad Abu Kamal tersasar keluar.

Lima gol Belgium yang muncul naib juara Piala Dunia 2023, pula hadir menerusi empat jaringan Tom Boon pada minit ke-16, m-19, m-35 dan m-53 serta satu daripada Thibeau Stockbroekx (m-43). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Speedy Tigers hampir malukan Perancis di Piala Dunia
Next: Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.