Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026 2 minutes read
Obor AUG

ZAMBRY (tengah) mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena Larian Obor AUG 2026 pada majlis diadakan semalam. - SUKAN IPT

LARIAN Obor Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 yang bermula di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) semalam menjadi simbol semangat kontinjen Malaysia untuk mengharumkan nama negara di pentas Sukan Universiti ASEAN.

Majlis simbolik penyerahan obor itu berlangsung bersempena Perhimpunan Bulanan KPT di Dewan Za’ba dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut menyampaikan amanat kepada atlet Malaysia.

Dalam amanatnya, beliau menyeru atlet membawa semangat kemenangan serta menggalas tanggungjawab membawa nama Malaysia ketika bersaing di peringkat ASEAN.

“Bawalah obor Malaysia dan obor kemenangan itu kerana saudara juga membawa obor negara kita, Malaysia,” katanya.

Pada majlis itu, Zambry menyerahkan obor AUG 2026 kepada Ketua Kontinjen Malaysia, Prof. Dr. Mohammad Ismail, yang merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Diiringi empat (4) atlet kebangsaan iaitu Andre Anura Anuar (lompat jauh – UPM), Nani Sahirah Maryata (lontar peluru – UPM), Thevendran Kaliana Sundram (karate – UPNM) dan Lee Hui Yee (taekwondo – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).

Larian obor kemudiannya dilepaskan dari pekarangan KPT ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum kembali ke KPT sebagai sebahagian daripada perjalanan obor ke beberapa institusi pendidikan tinggi terpilih.

AUG 2026 yang berlangsung dari 10 hingga 19 Disember menghimpunkan kira-kira 4,669 peserta termasuk 2,849 atlet dan pegawai daripada 11 negara, selain 700 pengadil dan pegawai pertandingan serta 920 sukarelawan.

Sebanyak 19 sukan dipertandingkan dalam dua fasa di Shah Alam, Kuala Lumpur, Serdang dan Bangi dengan tema HOLISTIC.EXCELLENCE, manakala larian obor akan diteruskan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

AUG 2026 akan membuka tirai secara rasmi pada 12 Disember di Stadium UiTM, Shah Alam sebelum melabuhkan tirai pada 19 Disember di Dewan Tunku Canselor, UM, menjadikan larian obor hari ini sebagai langkah awal menuju temasya sukan universiti ASEAN berkenaan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Speedy Tigers hampir kejutkan Belgium, fokus baiki ranking
Next: Aksi Speedy Tigers, Ireland hasilkan 11 gol

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Speedy Tigers
  • Xtra

Speedy Tigers sasar kebangkitan menentang Perancis

podiumontour August 16, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.