Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

SSBJ Thunderbolts hampiri gelaran Div 1 MJHL 2026

podiumontour July 9, 2026 1 minute read
SSBJ Thunderbolts

PARA pemain SSBJ Thunderbolts meraikan kejayaan mereka menewaskan Anderson Thunderbolts.

SSBJ Thunderbolts kini di ambang bergelar juara Divisyen 1 Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2026 selepas menang 3-2 ke atas Anderson Thunderbolts hari ini (8 Julai).

Kemenangan di Stadium Hoki TNB, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) itu menyaksikan SSBJ Thunderbolts cuma perlu mengelak daripada tewas menentang PHJ/MSNJ/SMKDBL pada Jumaat ini (10 Julai).

Sekiranya berjaya, SSBJ Thunderbolts akan ditabalkan sebagai juara baharu Divisyen 1 MJHL 2026 sekali gus menamatkan penantian tiga tahun sejak kali terakhir mereka menjuarai liga pada 2022.

Kapten SSBJ Thunderbolts, Muhammad Rafiq Muhammad Raze berharap mereka dapat mengekalkan momentum semasa untuk menamatkan kempen liga dengan rekod bersih lapan kemenangan musim ini.

“Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan kerjasama yang baik daripada rakan sepasukan. Kami akan terus berusaha dan menang perlawanan seterusnya untuk kami menjadi juara liga,” katanya.

Rafiq antara salah seorang daripada tiga penjaring gol SSBJ hari ini selain Muhammad Danial Hakeem Abdullah dan Muhammad Irsyad Zul Aswade.

Dua gol Anderson pula diperoleh menerusi Muhammad Izz Irfan Azrul Ridzuan dan Ahmad Danish Noor Azmi.

Ketika ini, SSBJ Thunderbolts sudah mencatat tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan untuk mengutip 21 mata, 6 mata mengatasi pasukan di tempat kedua dan ketiga, SSTMI Thunderbolts serta Anderson Thunderbolts. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Ada sebab Young Tigers pilih ke Jelajah Jepun
Next: Kepimpinan Hasliza masih ditagih Malaysian Tigress

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.