Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Ada sebab Young Tigers pilih ke Jelajah Jepun

podiumontour July 7, 2026 2 minutes read
Young Tigers Jepun

DHEERESSH (kiri) antara pemain yang dipanggil memperkuatkan skuad remaja negara menyertai Jelajah Jepun ketika ini. - MHC

KEPUTUSAN untuk menjadikan Jelajah Jepun bermula 6 hingga 13 Julai ini dilihat satu langkah yang tepat dalam persiapan skuad hoki remaja lelaki negara sebelum menghadapi Piala Remaja Asia 2026.

Ini disebabkan Jepun kini boleh dianggap antara pasukan yang sentiasa mencabar dalam kelompok empat teratas Asia sama ada remaja mahupun skuad senior mereka.

Ia terbukti menerusi kejayaan Jepun muncul naib juara Piala Asia B18 2026 di Kakamigahara bulan lalu selain skuad senior Matahari Terbit itu juga berjaya meraih tempat keempat Piala Negara-Negara 2025-26 baru-baru ini.

Pemain pertahanan muda Young Tigers, Dheeressh Gunaseelan percaya dia dan rakan sepasukannya mampu menimba banyak pengalaman bermain enam aksi persahabatan menentang skuad remaja dan senior Jepun.

“Jepun sebuah pasukan yang berdisiplin dan tahap hoki mereka sudah meningkat Jadi saya fikir MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) membuat keputusan tepat memilih untuk pergi ke sana.

“Saya nak pergi ke sana untuk dapatkan pendedahan dan pengalaman sebagai satu pasukan. Objektif Utama kami juga mahu rapatkan persefahaman dan rentak antara satu sama lain.

“Jadi siri jelajah ini amat penting untuk persediaan kami ke Piala Asia dalam misi melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja tahun depan,” katanya.

Dalam masa sama, Dheeressh juga mengakui teruja dan tidak sabar untuk meraih pengalaman menentang skuad senior Jepun kerana menurutnya ia amat penting buat perkembangan mereka sebagai pemain muda.

“Biasa orang akan rasa takut sebab mereka senior, berpengalaman tetapi saya nak lawan mereka. Biarlah kalau kalah sebab dari situ kami akan belajar kesilapan kami, ini satu peluang yang besar sebenarnya,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO –  MHC

Post navigation

Previous: Azeem Fahmi VS Puripol, Asia B23 previu awal Sukan Asia
Next: SSBJ Thunderbolts hampiri gelaran Div 1 MJHL 2026

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.