Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

SSTMI Thunderbolts bangkit tebus kecewa, juarai Piala TNB

podiumontour July 19, 2026 2 minutes read
SSTMI Thunderbolts

SSTMI Thunderbolts bergambar bersama trofi Piala TNB selepas menewaskan SSBJ Thunderbolts 3-1 di final hari ini. - MHC

SSTMI Thunderbolts kembali membuktikan taring sebenar dengan mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menjuarai gelaran Piala TNB 2026, menewaskan SSBJ Thunderbolts 3-1 di final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Kejayaan itu secara tidak langsung mengubati kekecewaan SSTMI Thunderbolts yang sebelum ini terpaksa berpuas hati menamatkan saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNBMJHL) 2026 di kedudukan ketiga.

Ketua jurulatihnya, Zaidi Zainudin menyifatkan kemenangan itu sebagai hasil disiplin tinggi para pemainnya yang berjaya menterjemahkan perancangan taktikal dengan berkesan sepanjang kejohanan.

Menurutnya, perjalanan pasukan musim ini tidaklah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi selepas prestasi kurang memberangsangkan dalam saingan liga selain terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Lebih manis bukan sekadar piala, tetapi bagaimana kami bangkit semula. Sejak suku akhir, kami berjaya atasi masalah, perbaiki corak permainan dan pemain melepaskan segala bebanan di atas padang dan bermain tanpa tekanan di final.

“Tahun lepas kita juara liga, tahun ini terbalik. Inilah adat pertandingan, apa yang penting adalah semangat ditunjukkan para pemain bermula dari suku akhir sehingga ke perlawanan akhir,” katanya.

Dalam aksi final itu, SSBJ Thunderbolts terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Muhammad Nazirul Jasni pada minit ke-21.

Kebangkitan sebenar SSTMI Thunderbolts bermula di suku masa ketiga menerusi hatrik daripada Muhammad Ashrafeel Iman Mohd Rizal yang berjaya menyempurnakan tiga pukulan sudut penalti pada minit ke-40, m-43 dan m-54.

Kecemerlangan itu membolehkan Ashrafeel dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir tersebut.

Pemenang tempat ketiga Piala TNB pula dimenangi Anderson Thunderbolts selepas menewaskan AHSSN-Pahang Thunderbolts 4-2 menerusi penentuan penalti shoot-out setelah terikat 2-2 semalam. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: SSTMI-PKS Uniten juara MJHL Wanita kali ke-8
Next: Jangan tunggu saat akhir, dapatkan tiket Fury Championship Vol. II

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.