Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

SSTMI-PKS Uniten juara MJHL Wanita kali ke-8

podiumontour July 19, 2026 2 minutes read
SSTMI

BARISAN pemain SSTMI-PKS Uniten meraikan kejayaan mereka menjuarai Divisyen Wanita MJHL 2026. - MHC

SKUAD hoki wanita SSTMI-PKS Uniten terus mengukuhkan dominasi mereka apabila menjuarai TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNBMJHL) kategori wanita buat kali kelapan sejak 2016.

Kejayaan terbaharu itu hadir menerusi kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada final edisi 2026 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Ketua jurulatih SSTMI-PKS Uniten, Mohd Khairul Izwan Kamdi gembira dengan  mentaliti kemenangan yang ditunjukkan barisan pemainnya biarpun berdepan tentangan sengit daripada Negeri Sembilan.

“Alhamdulillah kita sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun ini. Saya rasa kredit juga patut diberikan kepada Negeri Sembilan kerana memberikan tentangan yang sengit.

“Dah lama kami tak jumpa perlawanan yang sengit seperti ini dan ia satu benda yang bagus untuk perkembangan pemain-pemain muda. Namun, pemain saya berjaya kawal keadaan untuk menang perlawanan ini,” katanya.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Nur Hidayah Misra Othman menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-23.

Penjaga gol SSTMI-PKS Uniten, Amirah Amni Amran juga layak diangkat sebagai wira pasukan itu apabila berjaya menyelamatkan penalti stroke daripada Negeri Sembilan di suku terakhir perlawanan.

“Saya amat berharap dia dapat menyelamatkan stroke itu dan Alhamdulillah ia menjadi kenyataan. Dia antara prospek masa depan untuk penjaga gol negara,” tambah Khairul Izwan.

Tempat ketiga TNBMJHL Wanita dimenangi SSTMI-PKS Uniten Juniors menewaskan Akademi Hoki MBPJ 3-2 menerusi penentuan penalti shoot-out setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat semalam (18 Julai). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Amisha Azril sah beraksi di Fury Vol. 2
Next: SSTMI Thunderbolts bangkit tebus kecewa, juarai Piala TNB

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.