Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026 2 minutes read
Piala Dunia

FITRI Saari (kiri) menjadi satu-satunya pemain negara berjaya menyudahkan penalti shoot-out menentang Wales hari ini. - FIH

KETUA jurulatih skuad hoki negara, Brendon Carolan menyatakan bahawa walaupun keputusan terakhir Piala Dunia 2026 tidak memihak kepada mereka, namun para pemainnya masih menunjukkan peningkatan prestasi yang memberikan sinar harapan buat pasukan.

Beliau mengakui Speedy Tigers mahu menamatkan kempen di keduduakn yang lebih tinggi, namun tiga keputusan seri dicatat sepanjang kejohanan di Belgium kali ini merencatkan perancangan tersebut.

Ia termasuk kekalahan 1-2 kepada Wales menerusi penali shoot-out setelah terikat 2-2 dalam aksi penentuan tempat ke-15 dan 16 di Arena Hoki Belfius, Wavre hari ini.

“Dari segi prestasi, aksi hari ini cukup baik. Namun, kami masih terlepas banyak peluang keemasan yang sepatutnya membolehkan kami menguasai perlawanan dengan selesa,” katanya.

“Anda tahu sudah tentu kami mahu menamatkan di kedudukan yang lebih tinggi daripada kedudukan sekarang. Saya rasa anda melihat tiga keputusan seri di sana jadi kami kena lebih konsisten.

“Cuma sekali lagi bolos gol mudah pada saat-saat kritikal ketika sedang mendahului. Kami juga terlepas beberapa peluang jelas yang sepatutnya meletakkan kami di depan. Enam atau tujuh pukulan sudut penalti yang kami perlu ambil dengan lebih baik.

“Dari segi keputusan, sudah tentu ia bukan di tempat yang kami mahukan, tetapi dari segi prestasi kami semakin baik dan semakin hampir,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Wales mendahului menerusi Benjamin Francis pada minit ke-29 sebelum Malaysia bangkit meledak dua gol melalui Faizal Saari (m-41) dan Akhimullah Anuar Esook (m-52).

Namun, Wales kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi Liam Barker pada minit ke-53 untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-sout yang akhirnya dimenangi mereka dengan keputusan 2-1. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
Next: Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.