Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026 2 minutes read
Sukan Asia

PARA pemain negara berbaris menyanyikan lagu Negaraku sebelum memulakan aksi menentang Wales hari ini. - FIH

PENAMAT tempat terakhir Piala Dunia 2026 pastinya satu tamparan besar buat para pemain skuad hoki negara meskipun mereka sebenarnya telah mempamerkan peningkatan prestasi yang lebih baik sepanjang kejohanan.

Malangnya, keputusan akhir membayangi banyak perkara positif ditunjukkan Speedy Tigers selepas tewas 1-2 kepada Wales menerusi penentuan penalti shoot-out setelah terikat 2-2 pada penentuan tempat ke-15 dan 16 di Arena Hoki Belfius hari ini.

Ketua jurulatih skuad negara, Brendon Carolan berharap penyokong-penyokong terus berdiri teguh di belakang para pemain yang mana beliau menjanjikan kebangkitan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dari 19 September hingga 4 Oktober nanti.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyokong. Saya rasa anda boleh nampak kami bermain gaya hoki yang membolehkan pemain-pemain ini menjaringkan gol.

“Sudah tentu, memantapkan pertahanan adalah sesuatu yang kami sedang usahakan dengan sangat keras untuk diperbaiki. Terus kekal positif, saya rasa kami telah menghasilkan beberapa keputusan yang baik menentang beberapa pasukan yang sangat besar.

“Secara perbandingannya, Wales adalah satu-satunya pasukan yang menduduki ranking di bawah kami. Sudah tentu kami mahukan kemenangan hari ini, tetapi teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan prestasi yang baik di Sukan Asia nanti,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Wales mendahului menerusi Benjamin Francis pada minit ke-29 sebelum Malaysia bangkit meledak dua gol melalui Faizal Saari (m-41) dan Akhimullah Anuar Esook (m-52).

Namun, Wales kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi Liam Barker pada minit ke-53 untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-sout yang akhirnya dimenangi mereka dengan keputusan 2-1. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
Next: Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.