Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Tewas kepada India, Young Tigress mahu bangkit

podiumontour September 6, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

KAPTEN Young Tigress, Nur Zuha Qistina Ridzuan (kanan) cuba menghalang pemain India melakukan percubaan dalam perlawanan hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

KETUA jurulatih skuad hoki remaja wanita negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menuntut para pemain bangkit menunjukkan reaksi balas yang lebih positif untuk aksi ketiga Kumpulan Elit Piala Remaja 2026 menentang Korea Selatan esok.

Ia susulan kekalahan kedua dialami Young Tigress dalam kempen di Moqi, China, termasuk tewas 1-11 kepada India dalam aksi kedua hari ini.

Menurut Nasihin, China yang menewaskan mereka 1-6 ketika aksi pembukaan, dan India sememangnya lawan berkualiti dan antara pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan berdasarkan status mereka sebagai finalis edisi 2024.

“Esok kita akan mula daripada kosong kerana kita tahu China dan India di tahap yang berbeza. Kita akan janjikan persembahan yang terbaik untuk perlawanan seterusnya.

“Jadi lawan Korea Selatan esok adalah masa untuk kita buktikan. Saya mahu pemain-pemain lebih fokus dan positif untuk buktikan bahawa Malaysia boleh menang perlawanan esok,” katanya.

Menentang India hari ini, India yang turun sebagai juara bertahan dua edisi berturut-turut, ternyata berada dalam kelas tersendiri termasuk meraih dua gol penalti stroke, empat gol padang dan lima daripada pukulan sudut penalti.

Jaringan tunggal Young Tigress pula diperoleh menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan oleh Nur Qaisara Qistina Mohd Khairi.

Mengulas lanjut, Nasihin menyifatkan perasaan gugup dan terlalu menghormati pihak lawan selain memberikan India banyak pukulan sudut penalti antara punca utama kekalahan hari ini.

“India jauh lebih baik, mereka pasukan berpengalaman, mempunyai ramai pemain di Eropah dan boleh dikatakan kuat daripada segala sudut. Namun, kita tahu kualiti kita tetapi hari ini banyak kesilapan tak sepatutnya dilakukan.

“Pemain juga nampak agak gugup hari ini, tidak sama ketika kita melawan China. Namun begitu kita masih berjaya melakukan serangan dan menghasilkan satu gol,” tambah Nasihin. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Rahuul Fazrien ketuai pesta gol Young Tigers
Next: 2 gol dramatik Shafiq Ammar kunci kemenangan

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.