Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Tewas tetapi Young Tigress pamer aksi lebih positif

podiumontour September 7, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

QAISARA Qistina Mohd Khairi (tengah) membuat hantaran ketika menentang Korea Selatan hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki remaja wanita negara menunjukkan prestasi yang lebih positif berbanding dua aksi awal Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China meskipun tewas 0-1 kepada Korea Selatan hari ini.

Namun, nasib seakan tidak menyebelahi Young Tigress untuk mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan Elit apabila tewas hasil gol tunggal daripada Park Soyeon pada minit ke-45.

Ketua jurulatihnya, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tetap berpandangan positif selepas menyaksikan reaksi balas yang baik daripada anak-anak buahnya walaupun keputusan akhir tidak memihak mereka.

“Mereka bangkit selepas kalah dengan India. Walaupun tak menang, namun penguasaan bola dan pembinaan serangan dari bawah serta tekanan yang tinggi diberikan oleh pemain-pemain adalah jauh lebih baik daripada dua perlawanan sebelum ini,” katanya.

Terdapat beberapa aspek positif ditunjukkan pasukan yang sebelum ini tewas kepada dua finalis musim lalu, 1-6 kepada China dan 1-11 di tangan juara bertahan, India.

Young Tigress akan melengkapkan aksi Kumpulan Elit menentang Jepun pada Rabu ini bagi menentukan kedudukan akhir sebelum beraksi di peringkat suku akhir.

“Kita memerlukan semangat serta keyakinan hari ni dibawa menentang Jepun dan seterusnya suku akhir. Saya bangga dengan persembahan dan semangat ditunjukkan yang manaia selari dengan perancangan jangka panjang,” jelas Nasihin.

Berdasarkan kedudukan semasa, Skuad Remaja Wanita Kebangsaan berkemungkinan besar menamatkan aksi di tempat kelima sama ada menang atau kalah ke atas Jepun nanti.

Ini bermakna Young Tigress akan berdepan pasukan tempat keempat Kumpulan Elit di suku akhir pada Khamis ini.

Perlawanan suku akhir itu amat penting buat Young Tigresses kerana ia akan menentukan peluang sama ada layak ke Piala Dunia Remaja 2027. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: SSN Pahang cipta kemenangan di bumi Korea
Next: Young Tigers tiada pilihan, wajib benam China

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.