Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigers tiada pilihan, wajib benam China

podiumontour September 8, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

SKUAD negara (jersi kuning) terpaksa akur tewas 2-5 kepada Pakistan dalam aksi Kumpulan B hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

TUGAS getir menanti skuad hoki remaja lelaki negara apabila kini berdepan misi wajib menang ke atas China esok dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Remaja Asia 2026 untuk menempah tiket ke pentas separuh akhir.

Young Tigers terlepas peluang mengesahkan tiket awal sebagai juara Kumpulan B selepas tewas 2-5 kepada Pakistan hari ini disebabkan kelekaaan dalam tempoh sembilan minit membenarkan lawan menjaringkan lima gol.

Ketua Jurulatihnya, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menegaskan bahawa barisan pemain akan turun bermati-matian untuk menewaskan China bagi merealisasikan sasaran mara ke separuh akhir.

“China bukan macam Pakistan dari segi kemahiran dribble tetapi pertahanan mereka juga tak mudah untuk ditembusi. Kita tiada pilihan dan paling penting kita mesti jaringkan gol.

“Mereka nak pergi ke final dan kemenangan dengan China akan membolehkan kita ke separuh akhir. Saya harap pemain dapat beraksi dengan baik, menjaringkan gol dan kurangkan kesilapan di bahagian bawah.

“Kita juga akan terapkan taktikal yang berbeza sebab corak permainan China berlainan dengan Pakistan. Jadi esok adalah perlawanan wajib menang,” katanya.

Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan bermula positif dengan mendahului 1-0 dalam babak pertama menerusi penalti stroke disudahkan Muhammad Safwan Salihe seawal minit kesembilan.

Di suku ketiga, Young Tigers tersentak dengan kebangkitan Pakistan yang meledak lima gol dalam tempoh sembilan minit menerusi Nadeem Khan pada minit ke-32, Rana Abdul Rana Sami (m-36), Waleed Rana (m-39, m-40) dan Hamza Ali (m-41).

Percubaan demi percubaan skuad muda negara untuk mendapatkan tambahan jaringan berhasil di minit ke-54 menerusi pukulan sudut penalti Dheeressh Gunaseelan, namun ia sudah terlambat apabila aksi tamat 2-5.

“Sebenarnya kita tak tak main teruk, cuma kita terlelap di suku ketiga, bagi lima gol kepada Pakistan. Kita juga ada banyak peluang di suku pertama dan kedua tetapi kita tak cuba tamatkan perlawanan.

“Jadi pemain kena belajar macam mana nak kekal fokus dalam setiap suku masa dan juga disiplin permainan. Sebab kita dah beritahu pemain Pakistan banyak lakukan dribbling, kita pula banyak buat throwing tackle,” tambah Nor Saiful.

Secara tak langsung Pakistan menjadi pasukan pertama layak ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2026 sekali gus menyambar tiket ke Piala Dunia Remaja 2027. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Tewas tetapi Young Tigress pamer aksi lebih positif
Next: Suku akhir pentas sebenar buat Young Tigress

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.