Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Elephants Pahang perlu berani, jangan ‘ketar lutut’

podiumontour April 11, 2026 2 minutes read
Young Elephants

YOUNG Elephants tekad mencuba sehabis baik menentang Maybank di SUKPA esok (12 April). KREDIT FOTO - NINI CELOP

AKSI pertama menentang Maybank menjadi antara cabaran terbesar Young Elephants Pahang dalam kemunculan semula di Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 selepas 2024.

Bersikap realistik, Young Elephants sedar menewaskan Maybank bukan sesuatu yang mudah kerana status lawan dengan ramai pemain berpengalaman selain dianggap antara pencabar utama kejuaraan kali ini.

Ia tidak bermakna Young Elephants mudah menyerah kalah meskipun memiliki purata umur 18 hingga 21 tahun, sebaliknya cuba menghadirkan sesuatu terhadap Maybank.

Ketua jurulatihnya, Mohd Sufian Mohamad mahu melihat keyakinan dan keberanian daripada para pemain menentang ‘abang besar’ Maybank di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan esok (12 April).

“Kami pernah tewas 0-8 atau 0-9 kepada Maybank tahun sebelum ini. Maybank antara pasukan yang solid tapi kami tetap bersedia untuk perlawanan pertama ini.

“Untuk saya, penting buat pemain dapatkan tahap keyakinan bermain, buang gugup apa semua dan barulah kita tengok keputusan.

“Saya nak tengok keberanian pemain tak kira umur berapa, 16, 17, 18 atau 20 tahun, janji dia masuk, tunjukkan body language yang betul, itu paling penting untuk saya,” katanya kepada Podium On Tour.

Bagi Sufian, penyertaan Young Elephants dalam MHL 2026 menjadi platform terbaik untuk mengetengahkan bakat-bakat muda Pahang selain persediaan ke Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 nanti.

“Kerajaan Negeri Pahang dah nampak program pembangunan hoki Pahang melalui kejayaan Akademi Hoki Pahang dan mempunyai pemain berbakat untuk diketengahkan.

Jika Pahang tak ambil inisiatif, mereka mungkin kehilangan platform untuk menonjolkan kemampuan,” jelasnya.

Che Airell Miqail Che Rosdam dan Afif Hafiyyan Jasemi menjadi dua pemain termuda Young Elephants berusia 16 tahun.

Pemain tertua dalam skuad itu ialah Ismail Abu berusia 42 tahun tetapi kehadirannya lebih kepada menunjukkan kepimpinan terus di atas padang kepada pemain-pemain muda. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – NINI CELOP

Post navigation

Previous: Malaysia tiada pingat BAC kali pertama sejak 2019
Next: Piala Sumbangsih trofi pertama TNB ThunderStars

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.