Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Piala Sumbangsih trofi pertama TNB ThunderStars

podiumontour April 12, 2026 2 minutes read
tnb

BARISAN pemain TNB meraikan kejayaan menjuarai Piala Sumbangsih, menewaskan THT 5-4 di Kuala Terengganu hari ini (11 April).

IMPIAN TNB ThunderStars merangkul gelaran treble musim ini berada pada landasan tepat selepas menjulang trofi pertama, Piala Sumbangsih.

Kejayaan itu hadir menerusi kemenangan penuh dramatik 5-4 ke atas juara trebel musim lalu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini (11 April).

Ketua jurulatih TNB, Madzli Ikmar Mohd Nor menganggap anak-anak buahnya sedikit leka pada awal permainan hingga membolehkan THT mendahului 2-0 hasil dua jaringan pantas Faizal Saari

“Mungkin pemain masih dalam mood halimunan, seolah-olah mereka tiada dalam padang. Selepas itu, mereka mula komunikasi dan terima arahan dengan baik.

“Aksi hari ini sangat sengit kerana dua pasukan ini sangat berpengalaman. Macam saya cakap, pasukan yang ambil peluang akan menang,” katanya kepada Podium On Tour selepas tamat perlawanan.

Ketinggalan 0-2 tak mematahkan semangat TNB apabila bangkit meraih empat gol menerusi dua pukulan sudut penalti Jang Jong Hyun dan masing-masing satu daripada Adam Asyraf Mohd Johari serta Akhimullah Anuar Esook.

Enggan menyerah kalah, usaha THT memburu gol penyamaan berhasil dalam suku terakhir menerusi penalti stroke Samkelo Mvimbi dan Fitri Saari.

Bagaimanapun, Jong Hyun muncul wira dengan gol ketiganya yang juga jaringan kemenangan TNB ketika aksi berbaki kurang seminit untuk tamat.

Kemenangan 5-4 dalam aksi pertama Liga Hoki Malaysia (MHL) itu membolehkan TNB membuka kempen musim ini dengan tiga mata. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Young Elephants Pahang perlu berani, jangan ‘ketar lutut’
Next: Kecewa 45 saat terakhir, THT enggan hilang 2 lagi trofi

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.