Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigress impi sejarah baharu di Piala Dunia

podiumontour November 17, 2025 2 minutes read
Young Tigress 1

SKUAD remaja wanita negara (jersi biru) turut mengambil bahagian dalam saingan Piala Tun Abdul Razak 2025 diadakan baru-baru ini. - MHC

TIDAK diletakkan harapan besar bukan bermakna skuad hoki remaja wanita negara mudah mengibarkan bendera putih pada saingan Piala Dunia Remaja (JWC) 2025 di Santiago, Chile bermula 1 hingga 13 Disember ini.

Sebaliknya, barisan muda negara tekad memberikan persaingan sengit dalam misi mereka untuk mencipta kejutan sensasi pada kejohanan berprestij dunia itu.

Diundi dalam kumpulan maut bersama juara bertahan yang sudah memenangi lima edisi, Belanda; tuan rumah, Chile dan wakil Asia, Jepun tidak bermakna skuad Young Tigress akan mudah menyerah kalah.

Pengurus skuad remaja wanita, Datuk Mohd. Sayuti Abdul Samat berkeyakinan tinggi terhadap kemampuan barisan pemain yang kini semakin matang hasil persiapan rapi serta pengalaman menentang kelab China, Jiangsu baru-baru ini.

“Ia adalah bekalan yang sedikit sebanyak boleh membantu mereka di Santiago. Saya juga berharap pasukan dapat ke pusingan kedua dan seterusnya. Melihat kepada semangat yang dipamerkan, saya percaya mereka boleh berbuat demikian.

“Saya tidak henti-henti memberi kata-kata dorongan bagi meningkatkan semangat mereka. Saya juga mahu mereka buktikan sesuatu dan cipta sejarah di JWC kerana selama ini tiada siapa yang memberi harapan kepada pasukan ini,” katanya.

BERIKUT senarai 20 pemain Young Tigress akan beraksi di JWC 2025. – MHC

Young Tigress yang diletakkan dalam Kumpulan A, akan membuka kempen menentang Jepun pada 2 Disember (pukul 2.45 pagi waktu Malaysia); Chile (4 Disember, 7.45 pagi) dan Belanda (6 Disember, 2.45 pagi).

Pencapaian skuad remaja wanita ke JWC 2025 hadir dengan penuh makna apabila layak secara merit buat kali pertama kali dalam selepas menamatkan cabaran Piala Remaja Wanita Asia 2024 di tempat kelima.

Ia menjadi bukti perkembangan positif generasi pelapis hoki wanita tanah air.

Young Tigress dibarisi 20 pemain turut mempertaruhkan bakat berusia 15 tahun, Nur Zariefah Dania Mazlan sekali gus menjadi pemain paling muda, manakala sembilan daripada jumlah berkenaan berumur 21 tahun.

Kali pertama Young Tigress beraksi di JWC sewaktu edisi 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan selepas ditawarkan slot menggantikan Jepun yang menyaksikan skuad negara meraih tempat ke-11. – PODIUM ON TOUR

SUMBER GAMBAR – MHC

Post navigation

Previous: Fakta menarik juara Kumamoto Masters
Next: Demi kesihatan, Zii Jia tutup kalendar 2025

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.