Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Badminton

Demi kesihatan, Zii Jia tutup kalendar 2025

podiumontour November 18, 2025 2 minutes read
Lee Zii Jia

KEKURANGAN menyertai banyak kejohanan musim ini menyebabkan Zii Jia terpaksa menerima hakikat berada di ranking ke-83 dunia ketika ini. - IG LEE ZII JIA

HASRAT Lee Zii Jia membuat penampilan keenamnya musim ini tidak dapat diteruskan apabila jaguh perseorangan lelaki profesional negara itu terpaksa menamatkan kempen 2025 lebih awal.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mahu memberikan lebih perhatian kepada kesihatan fizikalnya, sekali gus menarik diri daripada baki kejohanan tahun 2025 termasuk Kejohanan Antarabangsa Syed Modi di India dari 25 hingga 30 November ini.

Ini bermakna bintang badminton negara berusia 27 tahun itu akan kembali menggegar gelanggang pada Januari tahun depan, berkemungkinan besar aksi pertama tahun 2026 iaitu Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil (6-11 Januari).

“Seperti semua tahu, 2025 telah menjadi tahun yang agak mencabar dan juga satu pembelajaran dalam menguruskan kesihatan fizikal saya.

“Ada hari saya rasa seperti berada di puncak dunia dan ada ketika saya merasai kesan daripada kecederaan buku lali dan sakit belakang dialami sebelum ini.

“Sejak kejohanan terakhir di China Masters pada September, saya dan pasukan berusaha dengan pakar perubatan untuk pastikan saya dapat kembali beraksi pada tahap terbaik.

“Selepas mengambil kira semua pandangan dan mendengar ‘badan’ sendiri, saya fikir langkah terbaik adalah menutup kempen 2025 dan fokus kepada kalendar 2026,” menurut kenyataan Zii Jia di laman Instagram peribadinya.

Bagi saingan kalendar 2025, bekas juara All England itu hanya sempat beraksi lima kejohanan iaitu Orleans Masters pada Mac; All England (Mac); Kejohanan Dunia (Ogos), Terbuka Hong Kong (September) dan China Masters (September).

Masalah kecederaan antara punca utama anak jati Alor Setar, Kedah itu terpaksa menarik diri banyak kejohanan musim ini dengan pencapaian terbaiknya adalah mara ke suku akhir Orleans Masters di Orleans, Perancis. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO –  IG LEE ZII JIA

Post navigation

Previous: Young Tigress impi sejarah baharu di Piala Dunia
Next: Skechers tambah ‘power’ ke Sukan SEA Thailand

Related Stories

BAC 2026
  • Badminton

Malaysia tiada pingat BAC kali pertama sejak 2019

podiumontour April 11, 2026
BAC
  • Badminton

Selangkah lagi pemain negara raih pingat BAC

podiumontour April 9, 2026
BAC
  • Badminton

BAC: Pemain Malaysia tumbang awal beramai-ramai

podiumontour April 9, 2026

Recent Posts

  • Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
  • Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
  • Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
  • Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
  • Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.