Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Zaimi sedia rebut slot No.1 Speedy Tigers

podiumontour August 10, 2026 2 minutes read
Zaimi

ZAIMI tekad merebut slot penjaga gol utama untuk beraksi dalam kesebelasan utama di Piala Dunia nanti. - MHC

PENJAGA gol skuad hoki negara, Muhamad Zaimi Mat Deris tekas membalas kepercayaan barisan kejurulatihan sekiranya diberikan peluang beraksi pada Piala Dunia 2026 di Wavre, Belgium bermula 15 Ogos ini.

Bagi pemain berusia 29 tahun itu, dia amat bersyukur kerana terpilih buat kali pertama ke pentas Piala Dunia selepas tersisih sewaktu dua edisi terdahulu pada 2018 dan 2023.

Disebabkan itu, Zaimi tidak pernah terfikir mengenai status pilihan pertama atau kedua dengan seorang lagi penjaga gol yang lebih berpengalaman, Muhammad Hafizuddin Othman untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama nanti.

“Perasaan sangat terkejut dan gembira kerana selepas dua kali terlepas, kali ketiga ini baru saya dapat merasa ke Piala Dunia yang pertama. Apabila terpilih sudah tentu saya nak bermain, nak merasa lawan pasukan-pasukan besar di sana.

“Bagi saya, siapa nombor satu atau dua tak penting. Apa yang saya buat adalah fokus kepada prestasi dalam padang sama ada semasa latihan atau perlawanan. Jika diberi peluang, saya akan lakukan yang terbaik untuk pasukan,” jelasnya.

Zaimi yang sudah membuat 30 kaps antarabangsa bersama Speedy Tigers, mengakui sebenarnya tidak sabar untuk berdepan dua juara dunia, Belgium dan Jerman dalam saingan Kumpulan B di Arena Hoki Belfius nanti.

Satu lagi lawan Speedy Tigers di Piala Dunia nanti adalah juara Piala Negara-Negara 2025-26 iaitu Perancis.

Penjaga gol Maybank itu menyifatkan ia adalah medan terbaik untuk mengutip bekalan keyakinan dan motivasi terbaik sebelum turun ke kejohanan sasaran utama iaitu Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dari 18 September hingga 3 Oktober depan.

Biarpun sentiasa menjadi pilihan kedua di belakang Hafizuddin, namun Zaimi tetap mampu menampilkan prestasi diharapkan setiap kali diturunkan dan pernah bermain dalam banyak kejohanan-kejohanan besar.

Ia termasuk peranan besarnya membantu Speedy Tigers menjuarai Piala Sultan Azlan Shah 2022 dan muncul naib juara Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Young Tigers mampu saingi antara gergasi dunia
Next: Qaisara Qistina, Fitrah Nadhia atau penyumbang 28 gol

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.