Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigers mampu saingi antara gergasi dunia

podiumontour August 9, 2026 2 minutes read
Young Tigers

SKUAD hoki remaja lelaki negara ketika ini menyertai siri Jelajah India sebagai persediaan ke Piala Remaja Asia 2026. - MHC

KETUA Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mempunyai pandangan tersendiri terhadap dua kekalahan kepada India B20 dalam siri jelajah mereka di Bangalore ketika ini.

Bagi Nor Saiful, India B20 boleh dianggap antara pasukan terbaik di dunia hasil kejayaan mereka menewaskan Belanda 4-2 dan tewas tipis 3-4 kepada Belgium serta 0-1 di tangan Jerman dalam siri Jelajah Eropah sebelum ini.

Oleh itu, kekalahan 2-3 dan 3-4 kepada India B20 sebenarnya memberikan petanda positif kepada Young Tigers dalam fasa persiapa akhir ke Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China pada 4 hingga 13 September ini.

“Walaupun India pilihan utama untuk menjuarai Piala Asia dan berada dalam kelompok ‘Top 5’ dunia, pemain kita sebenarnya tidak jauh beza.

“Motivasi pasukan sangat bagus, mereka boleh menyaingi India dan daripada situ apa yang saya boleh dikatakan ini isyarat yang baik kerana kita mampu bermain dengan sangat baik,” kata Nor Saiful.

Secara keseluruhan, Young Tigers telah bermain empat aksi di sana termasuk menang 6-2 dan 8-0 ke atas Sport Authority of India (SAI) iaitu pasukan yang mengumpulkan pemain-pemain berbakat India sebelum diserapkan ke India B20.

Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan masih mempunyai tiga perlawanan menentang India B20 bermula 10 Ogos, 12 Ogos dan 13 Ogos serta satu aksi terakhir dengan SAI pada 15 Ogos sebelum pulang ke tanah air.

“Tujuan kita datang sini untuk perbaiki permainan, membuat penilaian, melihat pemain yang sesuai dan juga memperbaharui serta mempertingkatkan taktikal yang kita ada di Piala Asia nanti.

“Kita juga melihat ramai pemain yang terus meningkat, daripada seorang yang tak pernah bermain di peringkat antarabangsa, berumur 18, 19 tahun dan mula bangkit menunjukkan prestasi sebenar mereka.

“Jelajah ini sangat berbaloi. Kita akan terus berikan mereka peluang dan harap tujuan datang ke sini untuk mendapatkan pengalaman, hala tuju yang baik sebelum Piala Asia tercapai,” jelas Nor Saiful. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Sasha Alyssa 2x pecah rekod remaja kebangsaan
Next: Zaimi sedia rebut slot No.1 Speedy Tigers

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.