Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

16 pemain kebangsaan kelebihan TNB Thunderstars

podiumontour April 8, 2026 2 minutes read
TNB

MADZLI (kanan) bersalaman dengan penolong pengurus THT, Wan Mohd Hazrul Wan Nawi pada siding akhbar Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini (8 April).

ATAS kertas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Thunderstars boleh dikatakan calon pilihan utama untuk menyapu bersih ketiga-tiga piala dipertandingkan pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Ini disebabkan TNB Thunderstars memiliki 16 pemain kebangsaan dan seorang import dari Korea Selatan, Jang Jong Hyun, namun ketua jurulatihnya, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor enggan menganggapnya sebagai kelebihan utama.

Menurut Madzli Ikmar, apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 60 minit kerana hanya lapan pemain dibenarkan berada di atas padang pada sesuatu masa.

“Kali ini TNB ada 16 pemain (status) kebangsaan dan seorang import, Jang (Jong Hyun). Untuk TNB, ini jumlah tertinggi, sebelum ini (paling ramai) pun ada 12 pemain.

“Nak kata kelebihan itu tidak sebab hoki kena berlari. Kalau henti lari, pemain akan kalah dan itu yang saya sentiasa ingatkan kepada barisan pemain.

“Pengurusan letak cabaran, jadi saya sahut untuk menang treble. Memandangkan kita ada pemain terbaik di Malaysia, tak ada alasan untuk mereka tak tunjukkan prestasi,” katanya.

Disebabkan itu, Madzli mahukan prestasi terbaik bermula aksi Piala Sumbangsih menentang juara treble musim lalu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Sabtu ini (11 April). – PODIUM ON TOUR

15 pemain kebangsaan TNB Thunderstars

Syed Syafiq Syed Cholan
Muhammad Najib Abu Hassan
Andywalfian Jeffrynus
Muhammad Marhan Mohd Jalil
Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari
Syarman Mat Tee
Mohamad Akhimullah Anuar Esook
Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar
Shello Silverius
Mohamad Rafaizul Mohamad Saini
Faiz Helmi Jali
Muhammad Amirul Hamizan Azahar
Norsyafiq Sumantri
Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi
Azimuddin Syakir Kamaruddin

Import TNB Thunderstars

Jang Jong Hyun (Korea Selatan)

Post navigation

Previous: Pintu terbuka buat semua pemain – Carolan
Next: BAC: Pemain Malaysia tumbang awal beramai-ramai

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.