Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Pintu terbuka buat semua pemain – Carolan

podiumontour April 8, 2026 2 minutes read
brendon carolan

CAROLAN (jersi biru) mengendalikan sesi latihan kedua bersama Speedy Tigers di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam (8 April). - MHC

KETUA jurulatih skuad hoki lelaki negara, Brendon Carolan akan mengamalkan ‘polisi pintu terbuka’ mengenai pemilihan pemain dalam kem kebangsaan.

Carolan menjelaskan, semua pemain dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 mempunyai peluang sama rata menjelang aksi Piala Sumbangsih pada Sabtu ini.

“Saya akan cuba tonton semua perlawanan (MHL) berdekatan sini (Lembah Klang). Kalau boleh saya nak lihat sesuatu pasukan itu sekurang-kurangnya dua atau tiga kali.

“Mungkin pandangan jurulatih lain berbeza dengan saya tetapi saya fikir perlu berikan peluang kepada semua orang untuk tunjuk kemampuan mereka.

“Pintu terbuka kepada semua. Malah, saya beritahu pemain, tiada jaminan tempat kerana sesiapa beraksi dalam liga ada peluang terpilih,” katanya kepada Podium On Tour selepas mengendalikan dua sesi latihan pertama bersama Speedy Tigers.

Buat masa ini, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) lebih cenderung mengetengahkan bakat-bakat muda meskipun beberapa senior seperti dua tonggak Maybank, Meor Azuan Hasan dan Najmi Farizal Jazlan antara yang boleh dipertimbangkan.

“Apa yang penting adalah latihan yang betul dan memastikan pemain sedia sepenuhnya sebelum melangkah ke padang perlawanan.

“Kami akan kekal perkara positif daripada jurulatih terdahulu dan hanya menambah baik bahagian yang perlu,” jelasnya.

Bagaimanapun, Carolan tidak dapat menggunakan skuad penuh dalam dua sesi berkenaan kerana lima pemainnya berada di Terengganu untuk Majlis Pelancaran Pasukan Hoki Terengganu (THT) semalam (8 April).

Lima pemain itu ialah Faizal Saari, Mohd Fitri Saari, Arif Syafie Ishak, Alfarico Lance Liau Jr. dan penjaga gol utama, Hafizuddin Othman. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: 3 raja pecut muda Kedah bakal ‘gegar’ Singapura
Next: 16 pemain kebangsaan kelebihan TNB Thunderstars

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.