Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

2 import THT sanggup tolak tawaran Eropah

podiumontour April 9, 2026 2 minutes read
THT

MVIMBI (kiri) dan Horne menjadi sandaran terbaik THT mengharungi fasa pertama MHL dari 11 April hingga 17 Mei ini.

JUARA treble musim lalu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengharapkan magis daripada dua importnya dari Afrika Selatan, Samkelo Mvimbi dan Keenan Craig Horne pada Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Kehadiran Mvimbi dan Horne amat ditagih THT selepas menyedari cabaran sukar mempertahankan kejayaan treble apatah lagi seteru utama, TNB Thunderstars diperkuatkan 16 pemain kebangsaan dan pakar flick Korea Selatan, Jang Jong Hyun.

Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Mohd. Fikri Haron mendedahkan, dua import itu sebenarnya turut mendapat tawaran dari kelab Eropah, tetapi memilih menyertai THT.

“Dia (Mvimbi) pernah bermain dengan kita musim lalu. Mungkin suasana ‘big family’ di THT menyebabkan dia mahu terus bersama THT, lagipun dia suka jalan-jalan di pantai.

“Mungkin tarikan itu buat kawannya (Horne) datang ke sini. Malah, dia terbang ke sini dari Perancis, bukannya dari Afrika Selatan.

“Kami harap mereka berdua dan seorang lagi import (Dilraj Singh Gautam Singh dari India) dapat bantu pasukan capai kejayaan musim ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Mvimbi, 27, dan Horne, 33, pernah beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain memainkan peranan membantu Afrika Selatan muncul juara Piala Hoki Negara-Negara Afrika 2025 di Ismailia, Mesir.

Pengalaman luas Mvimbi dan Horne menjadi sandaran THT untuk aksi pertama Piala Sumbangsih menentang TNB Thunderstars di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Sabtu (11 April). – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Pelantikan Jazeman usaha memajukan sukan permotoran
Next: Selangkah lagi pemain negara raih pingat BAC

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.