Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Badminton

Selangkah lagi pemain negara raih pingat BAC

podiumontour April 9, 2026 1 minute read
BAC

AARON (kiri) dan Wooi Yik bakal berdepan Minhyuk-Dongju untuk aksi suku akhir BAC pada Jumaat (10 April). - BADMINTON ASIA

MALAYSIA hanya selangkah lagi memastikan pingat dalam genggaman di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China menjelang suku akhir pada Jumaat (10 April).

Seperti biasa, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi taruhan untuk mara ke separuh akhir BAC.

Atas kertas, Tang Jie-Ee Wei belum pernah merasa pingat BAC di pentas Asia dan kini berpeluang melakar kemenangan apabila dijadualkan menentang pasangan No.147 dunia dari Korea Selatan, Kim jae-hyeon-Jang Ha-jeong.

Namun, mereka tidak boleh dipandang rendah selepas menyingkirkan beregu No.10 dunia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu di pusingan kedua.

Pearly-Thinaah pula akan bertemu buku dengan ruas menentang pasangan China, Li Yijing-Luo Xumin.

Dua pertemuan sebelum ini seimbang dengan Yijing-Xumin menang di pusingan kedua Terbuka China 2024 sebelum Pearly-Thinaah membalasnya di separuh akhir Terbuka Indonesia pada Julai tahun lalu.

Aaron-Wooi Yik pula perlu berwaspada dengan Kang Min-hyuk-Ki Dong Ju dari Korea Selatan andai mahu terus berada dalam laluan untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Mengikut format ditetapkan Badminton Asia, pemain yang mara ke separuh akhir sudah pun terjamin sekurang-kurangnya pingat gangsa. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – BADMINTON ASIA

Post navigation

Previous: 2 import THT sanggup tolak tawaran Eropah
Next: Adrian & UiTM sedia kacau ‘Big 3’ MHL 2026

Related Stories

Piala Badminton Universiti ASICS
  • Badminton

Ramkhamhaeng juara Piala Badminton Universiti ASICS 2026

podiumontour June 28, 2026
Eu Cong Badminton Universiti ASICS
  • Badminton

Eu Cong, Kasturi juara Badminton Universiti ASICS 2026

podiumontour June 26, 2026
BAC 2026
  • Badminton

Malaysia tiada pingat BAC kali pertama sejak 2019

podiumontour April 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.