Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Pelantikan Jazeman usaha memajukan sukan permotoran

podiumontour April 9, 2026 2 minutes read
Jazeman

JAZEMAN (kanan) dilantik sebagai Bendahari MAM yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

PERSATUAN Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengumumkan pelantikan pelumba profesional negara, Jazeman Jaafar sebagai Bendahari MAM yang baharu berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Datuk Razlan Razali.

Pelantikan itu menandakan satu langkah strategik MAM dalam memperkukuh struktur kepimpinan organisasi dengan menggabungkan kepakaran profesional serta pengalaman luas dalam industri sukan permotoran.

Jazeman merupakan antara pelumba kereta profesional Malaysia yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa, khususnya dalam perlumbaan ketahanan (endurance).

Sepanjang kerjayanya, beliau telah mencatat pelbagai pencapaian membanggakan, antaranya meraih podium di Monaco pada 2015 dalam Formula Renault 3.5, naib juara British Formula 3 International Series, serta mencatat kemenangan dalam FIA World Endurance Championship (WEC) bersama pasukan Jackie Chan DC Racing.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pelumba Pembangunan Mercedes-AMG Petronas Formula One (F1) Team selama empat tahun, sekali gus memperkukuh kredibiliti dan keupayaannya di peringkat tertinggi sukan permotoran dunia.

MAM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Razlan atas segala sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Kepimpinan serta pengalaman luas Razlan dalam industri sukan permotoran telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh tadbir urus kewangan dan menyokong pembangunan strategik organisasi.

Dengan pengalaman luas serta pendedahan di arena antarabangsa, Jazeman diyakini mampu menyumbang secara signifikan dalam memperkukuh pengurusan kewangan MAM, di samping memperkasa hala tuju strategik organisasi ke arah lebih progresif dan mampan.

Ia turut mencerminkan komitmen berterusan MAM dalam memperkukuhkan barisan kepimpinan dengan gabungan pengalaman industri serta perspektif baharu, selaras dengan usaha memajukan sukan permotoran di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Hup Wei fokus bantu Nawawi layak Kejohanan Dunia B20
Next: 2 import THT sanggup tolak tawaran Eropah

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.