Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

2 pencabar mampu jejas impian ‘treble’ N. Sembilan

podiumontour April 7, 2026 2 minutes read
Negeri Sembilan Shaiful Azli

SHAIFUL AZLI percaya barisan pemainnya kali ini mempunyai kemampuan mengulangi kejayaan bergelar juara treble seperti dilakukan pada edisi 2023. - IG RFIAN_AHMAD

NEGERI Sembilan meletakkan sasaran besar pada saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (MHL) 2026 dengan mengulangi pencapaian bergelar juara treble tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, ketua jurulatihnya, Shaiful Azli Abd Rahman enggan mengambil mudah kerana menyedari cabaran lawan terutama dua pencabar Utama, Malaysian University dan Terengganu.

“Secara peribadi, saya nak pergi untuk ketiga-tiga piala dipertandingkan. Dengan pemain ada tahun ini, tidak mustahil untuk kita sasarkan tiga piala.

“Namun, kalau kita lihat, Malaysian University juga ada ramai pemain kebangsaan dan saya tengok Terengganu pun tak boleh letak tepi. Sebab mereka ada beberapa bekas pemain kebangsaan dan remaja kebangsaan, jadi perlu diberi perhatian.

“Permulaan kita mahu Piala Sumbangsih dulu yang akan berlangsung dua minggu lagi,” katanya kepada Podium On Tour selepas tamat aksi persahabatan menentang Indonesia berkesudahan Negeri Sembilan menang 2-0 semalam (7 April).

Dua gol N. Sembilan pada aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu dijaringkan oleh Nuramirah Shakirah Zulkifli dan Nur Afiqah Syahzani Azhar.

Pada edisi 2023, N. Sembilan menjuarai Piala Sumbangsih, MHL dan Piala Vivian May Soars selain Nuramirah dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan dengan 19 gol keseluruhan.

Dua edisi berikutnya menyaksikan N. Sembilan gagal meraih sebarang trofi dalam kempen MHL 2024 sebelum bergelar naib juara MHL 2025 dan tempat ketiga Piala Vivian May Soars 2025.

Kali ini, N. Sembilan yang diperkuatkan dengan enam pemain kebangsaan dan dua tonggak import dari India, Vandana Katariya serta Jyoti Chhatri.

Vandana, 33, beraksi di posisi penyerang, pernah beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 yang menyaksikannya menjadi pemain Wanita India pertama meledak hatrik di pentas berprestij berkenaan.

Jyoti, 23, juga tidak kurang hebatnya kerana pernah menjuarai Piala Remaja Asia 2023 dan pingat perak Piala Dunia Hoki 5s 2024. – PODIUM ON TOUR

PIALA SUMBANGSIH

21 APRIL
N. SEMBILAN VS MALAYSIAN UNIVERSITY
Std Hoki Seremban 2, 6pm

KREDIT FOTO – IG RFIAN_AHMAD

Post navigation

Previous: Identiti baharu TNB ThunderStars di MHL 2026
Next: MAM santuni anak-anak yatim sempena Aidilfitri

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.