Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

MAM santuni anak-anak yatim sempena Aidilfitri

podiumontour April 7, 2026 2 minutes read
MAM Mokhzani Mahathir

MOKHZANI (kiri) menyantuni anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni dalam Majlis Santunan Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini (7 April).

PERSATUAN Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini (7 April) telah menganjurkan Majlis Santunan Raya bersama anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis penuh bermakna itu dihadiri Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir; Setiausaha Agung MAM, S.N. Nanthan serta barisan Ahli Exco MAM.

Ia bertujuan menyemarakkan semangat Aidilfitri melalui perkongsian kegembiraan, kasih sayang dan keprihatinan bersama anak-anak yang diraikan.

MAM Mokhzani Mahathir
MOKHZANI (kanan) bergambar di Rumah Kasih Harmoni dalam Majlis Santunan Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini (7 April).

Seramai 120 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni telah diraikan dalam majlis ini, yang turut diisi dengan penyampaian sumbangan serta duit raya bagi menceriakan sambutan Aidilfitri mereka.

Dalam ucapannya, Mokhzani menekankan bahawa sambutan Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi merupakan simbol kesyukuran, kemenangan dan kebersamaan yang wajar dikongsi bersama seluruh lapisan masyarakat.

“MAM bukan sahaja komited dalam pembangunan sukan permotoran negara, malah turut memikul tanggungjawab sosial untuk menyumbang kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

MAM Nanthan
NANTAN (kanan) menyerahkan hadiah kepada anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni dalam Majlis Santunan Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini (7 April).

“Inisiatif seperti ini bukanlah yang pertama dan pastinya bukan yang terakhir bagi MAM untuk terus kembali menyantuni komuniti,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Rumah Kasih Harmoni atas dedikasi dan usaha berterusan dalam menjaga kebajikan anak-anak, serta kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis tersebut.

MAM berharap agar lebih banyak inisiatif kebajikan seperti ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam memberi impak positif dan menyantuni komuniti. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: 2 pencabar mampu jejas impian ‘treble’ N. Sembilan
Next: 3 raja pecut muda Kedah bakal ‘gegar’ Singapura

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.