Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Identiti baharu TNB ThunderStars di MHL 2026

podiumontour April 6, 2026 2 minutes read
TNB Thunderstars

TNB memperkenalkan barisan pemain, identiti dan jersi baharu TNB Thunderstars di Ibu Pejabat TNB, Bangsar hari ini (6 April 2026).

TENAGA Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan identiti baharu bagi pasukan utama, TNB Thunderstars dalam misi memburu sekurang-kurangnya dua piala pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Nama ‘Thunder’ melambangkan kuasa dan tenaga, manakala ‘Stars’ mencerminkan kecemerlangan serta status elit TNB yang menggambarkan aspirasi TNB untuk mengekalkan standard prestasi tinggi serta daya saing dalam liga.

Ia bagi membezakan pasukan utama dengan skuad pembangunan, TNB Thunderbolts yang digerakkan melalui ekosistem pembangunan bakat TNB sejak 2008 selain memperkukuh kedudukan elit dalam struktur hoki TNB.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad menegaskan komitmen berterusan TNB dalam memperkukuh pembangunan hoki negara di samping memburu kejayaan kompetitif.

“Kami optimis untuk memberikan cabaran sengit dalam liga dan Piala TNB. Tidak mustahil untuk mengulangi kejayaan berganda seperti yang dikecapi pada 2024.

“Dalam masa sama, TNB akan meneruskan peranan sebagai peneraju utama sukan hoki negara melalui pembangunan bakat muda yang mampan,” katanya.

TNB tidak pernah terlepas walaupun semusim beraksi dalam saingan MHL sejak 1987 dengan kali terakhir muncul juara berganda Liga dan Piala TNB pada 2024.

Selain memperkenalkan identiti dan jersi baharu, TNB turut membawa masuk empat muka baharu dan menaikkan pangkat lima pemain TNB Thunderbolts ke skuad utama.

4 pemain baharu:

Akhimullah Anuar Esook (THT)
Andywalfian Jeffrynus (THT)
Syarman Mat Tee (THT)
Muhammad Syawal Abd Razak (Maybank)

5 pemain naik pangkat:

Azimuddin Syakir Kamaruddin
Mohamad Rafaizul Mohamad Sani
Shazril Irwan Nazli
T. Naaveennash Panicker
Muhammad Fahmi Khalid

TNB ThunderStars akan membuka kempen menentang Terengganu Hockey Team (THT) dalam aksi Piala Sumbangsih pada 11 April 2026, manakala TNB Thunderbolts akan berdepan UiTM HA-KPT bagi perlawanan pembukaan liga. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Russel mahukan semula rekod 200m Malaysia
Next: 2 pencabar mampu jejas impian ‘treble’ N. Sembilan

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.