Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

4 pemain NHDP timba pengalaman di Australia

podiumontour June 30, 2026 1 minute read
NHDP

MANJIT (tengah) bersama empat pemain NHDP berlepas ke Darwin, Australia malam tadi. - MHC

PENGALAMAN yang cukup berharga bakal diraih empat pemain Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) apabila menyertai Northern Territory menghadapi Kejohanan Kebangsaan Australia Bawah 18 Tahun (B18) dari 3 hingga 11 Julai ini.

Empat pemain itu ialah dua pemain lelaki, Adriel Rayyan Chukwuemeka Daniel dan Haris Danial Mohd Khaiddzir serta dua pemain Wanita, Nur Dania Amanina Ibrahim dan Nur Erna Najihah Nurul Arkmal.

Teknikal NHDP Wanita, Siti Noor Amarina Ruhani berharap pendedahan itu sedikit sebanyak akan dapat mematangkan mereka terutama dari segi komunikasi dan keyakinan semasa dalam atau luar padang.

“Saya berharap meereka dapat membantu kelab di sana dengan menunjukkan prestasi yang positif untuk setiap perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.

“Ia dapat menjadi satu pengalaman supaya pemain boleh melihat dan memahami dari aspek pendedahan taktikal, corak permainan berbeza dan budaya hoki yang positif diterapkan di sana.

“Pendedahan seperti ini secara tidak langsung dapat membina kekuatan mental dan fizikal untuk menyesuaikan diri di sana dalam proses membentuk disiplin mereka,” katanya kepada Podium On Tour.

Keempat-empat mereka telah berlepas ke Darwin, Australia malam tadi (29 Jun) dan dijangka pulang ke tanah air pada 12 Julai ini.

Sepanjang di sana, mereka turut ditemani pengurus program yang juga Ketua Teknikal NHDP, Manjit Singh. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Reeve teruja wakil Malaysia bersama Azeem
Next: KLSCM 2026 pemilihan awal ke Sukan SEA 2027

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.