Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

5 duta KUNS Hockey raih tonik ke Piala Dunia

podiumontour August 4, 2026 2 minutes read
KUNS Hockey

AMIRUL HAMIZAN (dari kiri), Akhimullah, Taha, Faiz Helmi, Faizal dan Fitri bergambar pada majlis ringkas meraikan duta KUNS Hockey baru-baru ini.

JENAMA barangan hoki terkemuka tanah air, KUNS Hockey meraikan lima dutanya yang akan mewakili Malaysia di pentas Piala Dunia Hoki 2026 akan berlangsung di Wavre, Belgium dari 15 hingga 30 Ogos ini.

Lima dutanya yang menyarung jersi Speedy Tigers ialah dua penyerang, Faizal Saari dan Akhimullah Anuar Esook; pemain tengah, Mohd Fitri Saari; selain dua tonggak pertahanan, Faiz Helmi Jali serta Amirul Hamizan Azahar.

Kelima-lima mereka diraikan dalam satu majlis ringkas dianjurkan Pengurus Besar KUNS World Sdn. Bhd., Muhammad Taha beberapa hari sebelum Speedy Tigers berangkat ke Belgium kelmarin.

“Kami adakan majlis ringkas untuk meraikan mereka dan pada masa sama memberikan sedikit insentif sebagai pembakar semangat ke pentas Piala Dunia.

“Bukan hanya mereka berlima tetapi harapan kami buat semua pemain dalam skuad negara agar dapat memberikan persembahan terbaik dan membanggakan nama Malaysia di pentas tertinggi itu nanti,” kata Taha kepada Podium On Tour.

Sementara itu, Faizal yang akan mencipta sejarah baharu bersama Faiz Helmi dan kapten Speedy Tigers, Marhan Jalil sebagai pemain paling banyak beraksi di Piala Dunia iaitu empat kali, berharap dapat memberikan aksi terbaik di sana.

“Saya bersyukur kerana dapat beraksi buat kali keempat di Piala Dunia. Namun, saingan kali ini sangat sukar tetapi tiada yang mustahil,” jelas Faizal.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama dua juara dunia, Belgium dan Jerman serta Perancis yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2025-26 di Cape Town, Afrika Selatan baru-baru ini. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Penampilan terakhir Faizal di Piala Dunia
Next: Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.