Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Penampilan terakhir Faizal di Piala Dunia

podiumontour August 4, 2026 2 minutes read
Faizal Saari

FAIZAL bakal membuat penampilan keempat di pentas Piala Dunia edisi 2026 kali ini. - MHC

PENYERANG skuad hoki negara, Faizal Saari enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal sebelum turun ke ‘medan perang’ pada Piala Dunia 2026 di Belgium dari 15 hingga 30 Ogos ini.

Ia bakal menjadi penampilan keempat dan juga terakhir buat Faizal dalam kariernya di pentas Piala Dunia selepas bermain pada edisi 2014 di The Hague, Belanda, 2018 di Bhubaneswar, India dan 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India.

Namun, perjuangan kali ini boleh diibaratkan paling sukar buat Faizal kerana Speedy Tigers diundi dalam Kumpulan B bersama dua juara dunia, Belgium dan Jerman serta juara Piala Negara-Negara 2025-26, Perancis.

“Syukur Alhamdulillah dapat ke Piala Dunia untuk kali keempat dan saya rasa Piala Dunia yang terakhir dalam karier saya.

“Berdebar pun ada sebab kumpulan kita sangat sukar dengan pasukan No.1 dunia, Belgium, Jerman dan Perancis. Susah nak kalahkan mereka tetapi tak mustahil,” kata Faizal yang memiliki 322 kaps antarabangsa.

Speedy Tigers kendalian Brendon Carolan telah berlepas awal ke Belgium awal pagi tadi untuk kem latihan di Kelab Hoki Gantoise sebelum bermain satu perlawanan persahabatan dengan Sepanyol pada 13 Ogos.

Ia adalah persediaan terakhir sebelum mereka membuka kempen Piala Dunia menentang Jerman di Arena Hoki Belfius, Wavre pada 15 Ogos diikuti Perancis (17 Ogos) dan Belgium (19 Ogos).

Selain Faizal, dua lagi tonggak berpengalaman iaitu kapte, Muhammad Marhan Mohd Jalil dan pemain pertahanan, Faiz Helmi Jali juga akan membuat penampilan keempat mereka di Piala Dunia. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Malaysia kini menanti keajaiban Thabo Matebedi
Next: 5 duta KUNS Hockey raih tonik ke Piala Dunia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.