Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

7 tahun menunggu, Nik Aiman berkorban buat Malaysia

podiumontour June 6, 2026 2 minutes read
Nik Aiman

NIK AIMAN (tengah) antara aset penting buat Speedy Tigers pada kempen Nations Cup bermula 11 hingga 20 Jun ini. - MHC

FOKUS Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi tetap pada tahap tertinggi biarpun terpaksa berjauhan lama dengan keluarga selama 41 hari terutama isteri tercinta, Norfarah Iizawaty ketika mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama.

Namun, khidmatnya juga amat diperlukan skuad hoki kebangsaan berdepan misi penting tiga kejohanan utama dalam tiga bulan bermula Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) di Cape Town, Afrika Selatan dari 11 hingga 20 Jun ini.

Sebab itu pemain tengah berpengalaman tersebut amat berterima kasih kepada isteri dan keluarganya yang memahami tugasannya bersama Speedy Tigers walaupun mereka sudah tujuh tahun menanti kehadiran cahaya mata.

“Saya nak masuk tahun ke-11 bersama skuad negara dan saya pun dah bersedia ada banyak kejohanan penting tahun ini dengan liga pun ada dua window lagi. Namun, isteri sangat memahami dan berikan sokongan 100 peratus.

“Lagipun ada adik-beradik dan keluarga boleh tolong ketika saya tiada lama di sini. Jadi saya tak berat hati sangatlah dan boleh berikan fokus terbaik buat skuad negara.

“41 hari ini antara tempoh paling lama dan persefahaman, budi bicara di rumah sangat penting supaya permainan kita tak terjejas fikirkan perkara lain,” kata kapten TNB ThunderStars itu kepada Podium On Tour.

Nik Aiman bersama 19 lagi barisan pemain kini sudah berada di Cape Town untuk aksi persahabatan menentang Ireland pada 8 Jun ini sebelum memulakan kempen Kumpulan A meenntang Scotland, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.

“Saya sangat yakin dengan setup baru kali ini dengan kefahaman pemain-pemain antara muda dan senior, saya percaya kami boleh buat sesuatu apabila di atas padang nanti.

“Buat masa sekarang, sasaran kami untuk perbaiki ranking dunia dahulu dengan cara kami ambil satu demi satu perlawanan di sana nanti,” jelas Nik Aiman. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Percubaan kelima Adam Haqimi tuai pingat emas
Next: Umar catat 45.73s, cipta rekod baharu 400m Malaysia

Related Stories

Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers mahu kekal rekod bersih lawan Scotland

podiumontour June 10, 2026
Nik Jeremy
  • Hoki

Nik Jeremy menang Penjaga Gol Harapan Terbaik Piala Asia B18

podiumontour June 7, 2026
Malaysia
  • Hoki

Malaysia raih tempat keempat Piala Asia B18

podiumontour June 6, 2026

Recent Posts

  • Auburn rekod masa ke-14 terpantas 4x100m dunia
  • Speedy Tigers mahu kekal rekod bersih lawan Scotland
  • Kejayaan Umar beri inspirasi kepada Aiman Najmi
  • Pengorbanan, kerja keras Shereen mula tuai hasil
  • Nikos impi terpantas di Terbuka Malaysia 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.