Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Umar catat 45.73s, cipta rekod baharu 400m Malaysia

podiumontour June 6, 2026 1 minute read
Umar Osman

UMAR mencipta sensasi apabila muncul pelari pertamat Malaysia mencatat masa bawah 46s dalam acara 400m. - OLAHRAGA MALAYSIA

SUB46 kini bukan lagi satu perkara mustahil buat Umar Osman yang membuktikannya dengan catatan 45.73 saat (s) untuk mencipta rekod baharu 400 meter (m) kebangsaan.

Tanggal 6 Jun 2026 menjadi hari cukup bersejarah buat Umar Osman kerana berjaya mengakhir penantian 3 tahun untuk memadam rekod lamanya, 46.09s.

Umar menciptanya ketika mengungguli separuh akhir 2 Terbuka Taiwan dan mara ke final yang menyaksikan dia meraih pingat perak dengan catatan 46.42s.

“Saya sangat gembira, saya tunggu selama 3 tahun. Penat lelah latihan, jatuh bangun saya tetap nak capai masa ini. Hari ini hari bersejarah buat saya,” kata Umar.

Sebenarnya, catatan 45.73s itu telah meletakkan Umar dalam kelompok 5 terbaik Asia mengikut kepada masa 8 finalis Sukan Asia Hangzhou 2022.

Tak mustahil juga Umar mampu kembali menjadi pencabar kepada pemegang rekod Sukan SEA dari Thailand, Joshua Atkinson yang mempunyai PB 45.13s. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: 7 tahun menunggu, Nik Aiman berkorban buat Malaysia
Next: Malaysia raih tempat keempat Piala Asia B18

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.