Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Percubaan kelima Adam Haqimi tuai pingat emas

podiumontour June 6, 2026 2 minutes read
Adam Haqimi

ADAM HAQIMI mencatat 6.75m, 6.87m dan 6.69m dalam enam percubaan dengan baki tiga lagi batal pada VTF 2 di UnisZA semalam (5 Jun). - SUKAN IPT

SETELAH empat kali mencuba di Varsity Track & Field (VTF), pelapis lompat jauh kebangsaan, Adam Haqimi Azrail akhirnya berjaya menaiki podium sebagai pemenang pingat emas.

Adam Haqimi, 20, melakar kejayaan itu dengan lompatan sejauh 6.87 meter (m) pada saingan VTF 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu semalam (5 Jun).

“Alhamdulillah gembira juga kerana ini pingat emas pertama Varsity (VTF) saya. Tahun lepas 3 VTF saya menang perak dan gangsa. Di Penang (VTF 1 2026 pada April lalu) pun gangsa.

“Jadi 4 VTF tak dapat emas dan Alhamdullilah kali ini berjaya. Namun, saya tak gembira langsung dengan jarak, cumanya saya tetap bersyukur sebab ini adalah proses dengan program latihan baharu,” katanya kepada Podium On Tour.

Edisi kali ini menyaksikan pemegang rekod lompat jauh kebangsaan yang juga juara Sukan SEA Thailand 2025, Andre Anura Anuar tidak mengambil bahagian.

Situasi itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Adam Haqimi menewaskan rakan sepasukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Harith Haikal Nazli yang meraih pingat perak dengan catatan 6.73m.

Pingat gangsa dimenangi atlet Help University, Ng Ka Hao dengan jarak 6.64m.

Sebagai rekod, VTF 2 adalah penampilan ketiga Adam Haqimi tahun ini selepas meraih gangsa VTF 1 dengan jarak 7.19m di Universiti Sains Malaysia dan Kejohanan Lompatan Asia di Chongqing, China menerusi catatan 6.96. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Raja pecut baharu akhiri status ‘pelengkap finalis’
Next: 7 tahun menunggu, Nik Aiman berkorban buat Malaysia

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.