Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Azeem Fahmi VS Puripol, Asia B23 previu awal Sukan Asia

podiumontour July 6, 2026 2 minutes read
Azeem Fahmi

AZEEM akan mengambil bahagian dalam 100m, 200m dan 4x100m pada Asia B23 di Ordos, China minggu ini. - OLAHRAGA MALAYSIA 

SASARAN raja pecut Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi tetap mahu menaiki podium dan cuba membawa pulang pingat emas sama ada Puripol Boonson berlari ataupun tidak pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B23) 2026 di Ordos, China.

Buat masa ini, masih belum ada pengesahan Puripol yang disebut-sebut pilihan utama bergelar juara, akan turun bersaing pada kejohanan edisi pertama itu yang akan berlangsung 9 hingga 12 Julai ini.

Ini berdasarkan rekod peribadi (PB) 100 meter (m) diciptanya, 9.94 saat (s) di Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember tahun lepas selain dia turut merekodkan masa 20.03s untuk acara 200m di Taiwan bulan lalu.

Jika berjaya menewaskan Puripol, ia akan menjadi kemenangan pertama Azeem dalam lima pertembungan antara mereka berdua.

H2H Azeem VS Puripol

Kejohanan Dunia B20 2022
Azeem No.5 | Puripol No.4

Sukan Asia Hangzhou 2022
Azeem No.3 | Puripol No.2

Qosanov Memorial 2024
Azeem No.3 | Puripol No.1

Sukan Universiti Dunia 2025
Azeem No.4 | Puripol No.2

“Dia (Puripol) pelari pecut yang bagus tetapi apa sahaja boleh berlaku semasa hari pertandingan. Bukan dia saja, mungkin ada dari Jepun dan China yang akan muncul, jadi saya hanya mahu lari sepantas mungkin.

“Lagipun ini kejohanan Asia bawah umur Asia yang pertama saya kerana sebelum ini tak sempat ambil bahagian B18 dan B20. Saya nak berada di podium dan menang dalam setiap larian,” kata Azeem yang memegang rekod 100m Malaysia dengan masa 10.09s.

Azeem, 22, dijangka kembali berentap dengan Puripol, 20, yang kini merupakan pelari ketiga terpantas (9.94s) dalam sejarah Asia di belakang pemegang rekod Asia dari China, Su Bingtian (9.83s) dan Femi Ogunode dari Qatar (9.91s).

Kali terakhir mereka bertarung sesama sendiri pada final 100m Sukan Universiti  Dunia Bochum 2025 menyaksikan Puripol memenangi pingat perak, manakala Azeem meraih tempat keempat.

Antara pencabar utama seperti Hiroki Yanagita (Jepun, 10.02s), Xinrui Deng (China, 10.06s) dan Fukuto Komuro (Jepun, 10.07s).

“Kebanyakan Top 10 ranking Asia sekarang semua lingkungan umur B23 dan saya di ranking ketiga atau keempat, saya pun tak ingat. Ia akan jadi satu pertarungan menarik dengan kehadiran ramai pelari yang hebat.

“Kejohanan ini juga previu terbaik Sukan Asia nanti dan sebab itu saya letak sasaran podium. Kalau berjaya, ia akan tingkatkan motivasi untuk saya berikan prestasi terbaik di Sukan Asia,” jelas Azeem.

Turut menggalas cabaran negara bersama Azeem bagi acara 100m nanti ialah pelari Malaysian University, Reeve Kua Man Hong. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: ASICS Malaysia raikan Hari Badminton Sedunia 
Next: Ada sebab Young Tigers pilih ke Jelajah Jepun

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.