Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Adrian & UiTM sedia kacau ‘Big 3’ MHL 2026

podiumontour April 10, 2026 2 minutes read
Adrian

ADRIAN memikul tanggungjawab besar sebagai benteng terakhir UiTM HA-KPT pada saingan MHL 2026. - MHC

PENJAGA gol hoki kebangsaan, Adrian Andy Albert menggalas peranan besar bagi memastikan UiTM HA-KPT kekal menjadi pengacau kepada ‘Big 3’ Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Biarpun satu-satunya pemain kebangsaan di UiTM tetapi Adrian percaya rakan sepasukan mampu meneruskan prestasi cemerlang seperti ditunjukkan mereka pada edisi 2022, 2023 dan 2024.

“Saya nak bantu UiTM catat keputusan yang positif. Sebelum ini kami berjaya mara tiga kali berturut-turut ke separuh akhir (Piala TNB).

“Kali ni perkara yang sama kami nak. Kami bukan pasukan yang besar tetapi kami akan berikan tentangan sehabis baik dalam setiap perlawanan,” katanya kepada Podium On Tour.

Dari 2022 hingga 2024, UiTM berjaya mara ke separuh akhir Piala TNB dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat ketiga edisi 2022, menewaskan Maybank menerusi penentuan penalti shoot-out.

Pada edisi tahun lepas, Adrian berkelana ke Matador Hockey Club dan sekali lagi berjaya ke separuh akhir Piala TNB sebelum berhijrah semula menyertai UiTM kali ini.

UiTM yang dibimbing Mohd Nor Aqmal Abdul Ghaffar, akan membuka kempen MHL 2026 menentang TNB Thunderbolts di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini (12 April). – PODIUM ON TOUR

Karier Adrian Andy Albert di MHL

2022 (UiTM HA-KPT)
Liga No.4️⃣
Piala TNB 🥉

2023 (UiTM HA-KPT)
Liga No.4️⃣
Piala TNB No.4️⃣

2024 (UiTM HA-KPT)
Liga No.5️⃣
Piala TNB No.4️⃣

2025 (Matador HC)
Liga No.5️⃣
Piala TNB No.4️⃣

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Selangkah lagi pemain negara raih pingat BAC
Next: KYT Malaysia komited sokong pembangunan pelumba

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.