Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

KYT Malaysia komited sokong pembangunan pelumba

podiumontour April 10, 2026 2 minutes read
KYT MALAYSIA

PELUMBA A1 Energy BMW, Azlan Shah Kamaruzaman antara yang menggunakan helmet KYT dalam kategori ASB1000 pada saingan ARRC musim lalu. - MKA

SEMPENA pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) hujung minggu ini, KYT Malaysia  meneruskan komitmen dalam pembangunan sukan permotoran dengan meneruskan sokongan serta penajaan kepada pelumba tempatan dan kejohanan utama di seluruh negara dan rantau ini.

Sebahagian daripada dedikasi untuk memupuk bakat Malaysia, KYT Malaysia kekal sebagai penyokong utama kepada pelumba kebangsaan termasuk Kasma Daniel Kasmayudin, Azroy Hakeem Anuar, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin.

KYT Malaysia turut meluaskan sokongan kepada kumpulan pelumba yang lebih besar merentasi pelbagai platform perlumbaan.

Selain menyokong atlet individu, KYT Malaysia juga terus aktif memperkukuh ekosistem perlumbaan melalui penglibatan dalam kejohanan utama seperti ARRC, Cub Prix, MiniMoto, Remaja Ohvale SIC dan MotoKidz.

Sokongan menyeluruh ini membuktikan komitmen KYT Malaysia dalam membangunkan pelumba di setiap peringkat, dari akar umbi hingga ke tahap elit.

Selain itu, KYT juga diiktiraf di peringkat global melalui kehadiran dalam pertandingan antarabangsa utama termasuk penglibatan dengan pelumba terpilih dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dan Superbike Dunia.

Antara pelumba disokong ialah Enea Bastianini, Diogo Moreira dan Nicola Bulega, mencerminkan dedikasi jenama terhadap inovasi, keselamatan dan prestasi tinggi di tahap tertinggi sukan ini.

“Komitmen kami melangkaui penajaan. Ia tentang membina asas kukuh untuk masa depan sukan permotoran.

“Kami percaya dalam menyokong pelumba pada setiap peringkat perjalanan mereka, daripada bakat muda dalam program pembangunan hingga atlet profesional yang bersaing di tahap tertinggi,” kata Pengarah Kumpulan MKA, Doc Dol.

Tambahnya, KYT Malaysia berhasrat untuk menyumbang secara bermakna kepada perkembangan sukan ini sambil memastikan keselamatan, prestasi dan inovasi kekal sebagai teras kepada setiap usaha pihaknya.

“Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelumba yang menggunakan helmet KYT dalam ARRC hujung minggu ini. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dan kekal komited menyokong prestasi serta keselamatan mereka di litar,” jelasnya.

Melalui pelaburan berterusan, KYT Malaysia berhasrat menyumbang kepada pertumbuhan sukan permotoran sambil memberi inspirasi kepada pelumba generasi baharu untuk mengejar kecemerlangan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MKA

Post navigation

Previous: Adrian & UiTM sedia kacau ‘Big 3’ MHL 2026
Next: Speedy Tigers berkorban, cuma ada rehat 7 hari

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.