Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Agresif, cepat curi bola kunci kejayaan TNB ThunderStars

podiumontour April 18, 2026 1 minute read
TNB ThunderStars

JONG HYUN meraikan jaringan bersama rakan sepasukan dalam kemenangan 8-2 ke atas Thunderbolts semalam. - HOKITA

KEMENANGAN besar 8-2 ke atas pasukan adik, TNB Thunderbolts membuktikan TNB ThunderStars terus pada landasan tepat dalam permulaan kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

Ketua jurulatih ThunderStars, Madzli Ikmar Mohd Nor menyifatkan situasi pemain cepat mencuri bola dan terus menyerang antara faktor kemenangan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam (17 April).

“Kami cepat buat serangan dengan larian pantas dan cipta peluang sama ada PC (pukulan sudut penalti) atau percubaan ke gawang. Pemain faham kemahuan jurulatih dan terjemah dalam padang.

“Tentangan yang baik daripada pasukan muda. Penjaga gol Thunderbolts (Haziq Muizzuddin Hairul Mizan) juga bermain baik, banyak selamatkan percubaan kami, kredit kepada corak bertahan mereka,” katanya kepada Podium On Tour.

Pakar flick Korea Selatan, Jang Jong Hyun mengukuhkan status sebagai penjaring terbanyak ketika ini dengan 5 gol menerusi tambahan 2 ke atas Thunderbolts semalam.

Enam lagi gol hasil dua jaringan Azrai Aizad Abu Kamal selain satu daripada Danish Aiman Khairil Anuar, Syed Syafiq Syed Cholan, Akhimullah Anuar Esook dan Fahmi Khalid.

Dua gol Thunderbolts dijaringkan oleh Harith Afi Rishamuddin dan Nabil Irfan Mohd Yusof. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – HOKITA

Post navigation

Previous: 2 rekod lebur di hari pertama VTF 1
Next: THT tak boleh tercicir mata kali ketiga berturut

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.